Denda RM2,000 atau penjara enam bulan jika guna ‘tayar kangkang’


KUALA LUMPUR: Pemilik kenderaan yang didapati menggunakan tayar dan rim terkeluar daripada badan kereta atau ‘hellaflush’ boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook hari ini, berkata trend mengubah suai kereta menggunakan tayar kangkang itu semakin menjadi ikutan dalam kalangan segelintir pemilik kenderaan di negara ini.

Katanya, pengubahsuaian boleh menyebabkan pemanduan terjejas akibat kegagalan sistem keselamatan, selain brek tidak dapat berfungsi dengan cekap.

“Perbuatan ini (mengubah suai tayar) sekali gus boleh menyebabkan risiko nyawa pemandu itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.



“Tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 6 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138 Kaedah-Kaedah Lalu lintas Jalan 170/59, iaitu mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

“Jika sabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan,” katanya.

Sementara itu, sebuah portal kenderaan melaporkan, penggunaan tayar ‘hellaflush’ kini menjadi trend di Malaysia bagi individu yang gemar modifikasi kenderaan masing-masing.

Ada juga pemilik kereta melakukan modifikasi berkenaan secara ekstrim sehingga tayar kereta menjadi terkangkang.



Gaya pengubahsuaian itu berkembang pantas dan dikatakan berasal daripada kejohanan melungsur kereta atau ‘drift’, iaitu kenderaan dimodifikasi rendah dan mempunyai tayar lebar yang terkeluar. BH

Lelaki tumbuk wanita hanya didenda RM2,000



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker