Pemandu lori buang sisa kimia di Taman Reko dicekup

Seorang lelaki yang disyaki terlibat pembuangan haram sisa kimia di rizab Sungai Langat, Taman Reko, Kajang baru-baru ini diberkas kelmarin.

Penahanan suspek berusia 20-an di Bukit Serdang itu hasil serbuan pukul 3.30 petang Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah JAS Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, kejayaan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya selain menemui sebuah lori bermuatan tiga tan yang disyaki digunakan dalam aktiviti tersebut yang nyaris menyebabkan pencemaran Sungai Langat.



“Lori tersebut telah disita oleh JAS Selangor untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan sedang dilengkapkan untuk membawa penjenayah alam sekitar ini ke muka pengadilan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Difahamkan suspek akan direman sehingga esok.



Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 .

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 dan penjara mandatori,” katanya.

Kosmo pada 3 Februari lalu melaporkan Sungai Langat nyaris tercemar susulan tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyimpan bahan buangan berjadual (bahan pelarut) di sebuah premis kosong di Taman Seri Reko, di sini berhampiran tepi sungai berkenaan.

Lokasi kejadian merupakan rezab sungai yang terletak kira-kira 17 meter dari Sungai Langat dan lebih kurang 24.5 km di hulu Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Tampoi.



Siasatan awal JAS Selangor mendapati terdapat 19 tong yang berserakan dilokasi dan bacaan pH yang dikesan ada sisa dalam tong memberikan bacaan berasid dan ada sisa beri bacaan beralkali. -K! ONLINE

Sesuka hati buang sampah, Taman Negara Thailand hantar semula sampah ke alamat pengunjung sebagai ‘cenderahati’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker