Parlimen boleh bersidang – Mimpi Ngeri buat Muhyiddin Yassin

1. Titah DYMM Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen boleh bersidang semasa darurat pada tarikh yang ditetapkan kelak amat dialu-alukan oleh rakyat terutamanya bagi memastikan sistem demokrasi berparlimen dapat dijalankan dengan sempurna.
2. Perkara ini amat penting dalam menghadapi tiga krisis utama yang melanda negara kita iaitu krisis pandemik COVID-19, krisis ekonomi dan krisis kerajaan minoriti.
3. Saya percaya melalui sidang parlimen ini, segala tindakan dan keputusan kerajaan dalam menghadapi krisis ini dapat disemak oleh ahli dewan parlimen supaya tidak berlakunya unsur kepentingan politik atau peribadi dalam setiap tindakan kerajaan tersebut.
4. Perkara ini jelas dilihat apabila sepanjang tempoh darurat dan PKP yang diwartakan oleh kerajaan awal tahun lalu jelas menampakkan kelemahan dan kepincangan dalam menentukan SOP sehinggalah kepada perubahan pendirian mengenai pembukaan sekolah yang akhirnya amat menyusahkan rakyat.
5. Rakyat sendiri mempersoalkan logik kerajaan apabila sedikit demi sedikit kelonggaran diberikan terhadap SOP tetapi masih mewartakan majoriti negeri dalam keadaan PKP.
6. Sehingga kini, belum ada apa-apa Akta Darurat digunapakai bagi menangani pandemik ini. Rakyat hanya melihat seolah-olah darurat ini hanya memberi ‘lesen’ kepada Kerajaan PN untuk berkuasa sepenuhnya dengan menggantung parlimen.
7. Perkara ini memberi gambaran seolah-olah cabang legistatif dalam sistem demokrasi berparlimen negara kita sengaja dilumpuhkan sehingga mengakibatkan cabang eksekutif boleh melakukan sesuka hati tanpa perlu dipertanggungjawabkan kepada parlimen.
8. Saya yakin titah YDP Agong ini dapat memberi kelegaan dan harapan kepada rakyat supaya amalan demokrasi berparlimen negara ini dapat disambung semula dan Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin tidak lagi boleh membuat sesuatu tindakan sewenang-wenangnya.
9. Justeru, saya menggesa agar YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk segera menasihatkan YDP Agong supaya sesi parlimen dapat dijalankan dengan segera supaya pengurusan krisis yang dilakukan oleh kerajaan adalah benar-benar memberi kesan.

https://www.facebook.com/AbAzizKaprawi/posts/3631949533526147

 
Ab. Aziz Kaprawi

Pembukaan Parlimen: PN tidak akan terlepas isu sokongan majoriti – Penganalisis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker