BOLA DI KAKI TS MUHYIDDIN

 

Menjunjung kasih Tuanku. Keperihatinan Tuanku agar demokrasi di Malaysia terus subur disanjung tinggi oleh rakyat. Mohon rakyat baca kenyataan media Istana Negara.

YDP Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Tuanku “atas nasihat Perdana Menteri”.

Justeru diharap TS Muhyiddin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh YDP Agong. Ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021.



Dalam kenyataan media itu YDP Agong juga menjelaskan adalah tidak tepat tanggapan pihak tertentu kononnya proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang.

Semoga TS Annuar Musa faham perkara ini. Jelas surat Ahmad Maslan tidak silap. Dengan sendiri menolak tuduhan TS Annuar bahawa mohon perkenan YDP Agong untuk sidang khas Parlimen dianggap “menderhaka”.

Bahkan kenyataan media Istana Negara itu menjelaskan, perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat PM berkenaan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 semata-mata sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa.

Fahamlah rakyat sekarang. Semoga PM tidak berdolak dalik. Semoga YB YB bila dah bersidang nanti janganlah bergaduh kenapa Rina Harun makin cantik dan ramping.



Dr. Puad Zakarshi

 

TS Annuar hanya pertahankan Muafakat Ummah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker