Pembukaan Parlimen: PN tidak akan terlepas isu sokongan majoriti – Penganalisis

 

KUALA LUMPUR: Isu majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN) antara perkara yang dijangka akan dibangkitkan sekiranya Dewan Rakyat dibenarkan bersidang kelak.

Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata isu tersebut menjadi perkara asas kepada mana-mana negara yang melaksanakan demokrasi berparlimen.



“Mungkin niat Parlimen itu dibuka adalah bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang serta sebagainya yang dilihat lebih perlu dalam konteks tanggungjawab dipegang mereka.

“Sudah tentu ia bagi memudahkan urusan kerajaan meluluskan perundangan dan sebagainya.

“Namun, dalam konteks demokrasi berparlimen juga, hal yang berkaitan dengan majoriti ini perlu diselesaikan kerana ia adalah asas kepada ‘rule of the game’ kepada demokrasi berparlimen,” katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Istana Negara pada Rabu yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri.



 

Agong bertitah Parlimen boleh bersidang ketika darurat

Mengulas lanjut, Mujibu berkata soal sokongan majoriti kerajaan PN perlu diselesaikan dengan cara yang baik menerusi Parlimen, atau ia mungkin mengheret negara ke Pilihan Raya Umum (PRU).



“Sudah tentu bukan sahaja Ahli Parlimen mahu menyelesaikan perkara ini, kita sebagai rakyat juga mahu melihat ini boleh diselesaikan dengan cepat dan baik sekiranya memerlukan penyelesaian di Parlimen.

“Terdapat kemungkinan juga isu ini akan dibawa kepada PRU yang baharu.

Pada Januari lalu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menarik balik sokongan ke atas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang kekal dalam blok Barisan Nasional (BN) tidak pernah memberi sokongan kepada Muhyiddin selaku Perdana Menteri.
Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker