Gandingan pemimpin lama dan baru – Sinergi padu zaman berzaman

Sebaran :

Gandingan pemimpin lama dan baru itulah yang membuatkan UMNO sebuah parti yang kuat. Sinergi padu zaman berzaman. Menggabungkan antara pengalaman dan kreativiti – ‘Since 11 May 1946’. Orang lama UMNO tidak perlu pun menggunakan gelaran ‘council of elders’ untuk tampak hebat.

Yang penting jujur dalam melaksanakan agenda parti demi kepentingan rakyat dan negara. Orang baru UMNO tidak pula menggunakan gelaran MUDA untuk membuktikan mereka muda. Kerana pada akhirnya mereka tua jua. Panggilan Pemuda jauh lebih ikhlas dan bermakna. Tidak perlu juga ‘mencopy’ gelaran angkatan laut acah-acah nampak garang dan berani.

Tua dan muda dalam UMNO berjuang atas asas falsafah yang sama agama, bangsa dan negara. Dengan karisma dan idea masing-masing bergabung untuk mendapatkan formula terbaik. Justeru, dasar UMNO tidak menolak seseorang pemimpin semata-mata kerana berumur. Tidak pula menghalang orang muda memegang jawatan jika mendapat sokongan akar umbi. Kerana itu dalam UMNO ada Pemuda dan Puteri. Semua ada peranan yang besar.

Jika ada yang mengatakan UMNO mengenepikan yang muda, kenyataan itu sangat tersasar. UMNO sentiasa mengutamakan yang muda. Cumanya pengetahuan yang lama dari atas memberi panduan. Apapun saya tabik kepada para Pemuda dan Puteri UMNO yang ada sekarang ini.

Siapa masih ingat lebih 200 mendaftar untuk mengisi 20 jawatan Exco Pemuda selepas parti mereka tewas PRU14 kerana fitnah dan pembohongan. Begitu juga dengan Puteri. Begitu ramai menawarkan diri untuk memimpin. Begitu bersemangat sedangkan mereka tahu UMNO sudah tiada apa-apa pada waktu itu.

Pemuda serta Puteri UMNO yang setia kini semua berada dalam saf UMNO nan rapat dan tersusun. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di medan hadapan memperjuangkan parti dan pertiwi. Oleh itu saya pinta anti-UMNO hentikan mengadu domba tentang tua dan muda UMNO.

Jangan khuatir. Ahli dan barisan pimpinan UMNO setiap peringkat usia tahu dengan yakin kemampuan dan peranan masing-masing.

 

#Bersatu #Bersetia #Berkhidmat

 

 

Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

Presiden UMNO Malaysia

 

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/2004987009639866

 


Sebaran :

Leave a Reply