PAS gesa beri sokongan padu kepada kerajaan Baginda

PAS hari ini menggesa parti-parti politik yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri memberi  sokongan padu tanpa diganggu gugat bagi membolehkan kerajaan persekutuan itu befungsi dengan baik dan efektif.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana gabungan kerajaan itu telah diberikan amanah oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk kerajaan Baginda atau His Majesty’s Government.

“Jemaah Kabinet yang dianggotai oleh parti-parti BN, PN, GPS, PAS dan GRS mestilah bertindak secara kolektif dan bertanggungjawab dengan memberikan keutamaan dan fokus kepada kesejahteraan rakyat, terutama di era sukar di mana semua pihak berusaha bertungkus lumus bagi menangani penularan semula pandemik Covid-19 serta langkah memulihkan ekonomi negara yang teruk terjejas,” katanya.

 

Dalam mukadimahnya, Takiyuddin berkata, PAS merafakkan setinggi-tinggi junjung kasih atas kebijaksanaan dan langkah berhikmah Seri Paduka dalam menyelesaikan sebarang kemelut termasuklah politik, sehingga berjaya membawa kepada ketenangan, keharmonian dan kestabilan negara.

“PAS yakin Baginda telahbertindak berdasarkan segala kuasa prerogatif dan budibicara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan dan undang-undang negara atas konsep Raja Berperlembagaan atau constitutional monarchy,” katanya.

Kenyataan Takiyuddin dikeluarkan selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengahadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu dan setelah biro politik Umno bersetuju untuk mempertimbangkan semula hubungan parti itu dengan PN.

Anwar mendakwa bahawa dia telah mempersembahkan jumlah ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada dirinya bagi membentuk kerajaan baru tetapi pihak Istana Negara pula memaklumkan ketua pembangkang itu tidak mengemukakan senarai nama mereka.

Pada petang Selasa lalu, Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan membuat kejutan dengan berkata Umno membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional.

Katanya, parti itu akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Namun, pendirian biro politik Umno itu belum muktamad kerana perkara nerkenaan masih perlu mendapat persetujuan majlis tertinggi parti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker