Najib Sindir Wan Fayhsal, Dia Memang Boleh Menang Sebab Idea Win ‘Cetak Duit’ dan ‘Keluar Surat Sokongan’

 

PETALING JAYA: Kalangan pemimpin Umno menyelar Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal susulan kenyataannya mendakwa Umno bukan lagi kuasa besar dalam politik negara.

Wan Ahmad Fayhsal, yang juga timbalan menteri belia dan sukan, dilaporkan berkata senario politik semasa menuntut Umno bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).



“Sekiranya tidak bekerjasama, kita semua rugi dan berkemungkinan kalah nanti. PPBM masih mengharapkan Umno bersama PN supaya pertembungan tiga penjuru dapat dielakkan,” beliau dipetik berkata oleh Utusan Malaysia.

Beberapa pemimpin Umno menempelak kenyatan Wan Ahmad Fayhsal itu, antaranya Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz, yang mengingatkan beliau supaya tidak cepat lupa rekod Umno.

“Wan Fayhsal harus ingat Umno-Barisan Nasional memenangi tujuh pilihan raya kecil (PRK) yang ditandingi (termasuk) dua daripadanya menentang calon PPBM,” katanya kepada FMT.

“Kami meletakkan calon Cina di Tanjung Piai, kerusi majoriti Melayu, sementara mereka (PPBM) meletakkan calon Melayu dan mereka masih kalah dengan lebih 15,000 undi,” kata beliau.



Pada PRK 2019 itu, Wee Jeck Seng dari MCA mendapat 25,466 undi, lebih dari separuh daripada saingan terdekatnya Karmaine Sardini daripada PPBM, yang mendapat 10,380 undi.

Nazri berkata, dalam PRK Semenyih, PPBM juga dikalahkan Umno.

Dalam kedua-dua pilihan raya berkenaan, PPBM masih parti komponen Pakatan Harapan yang menerajui negara ketika itu.

Nazri berkata pandangan Wan Ahmad Fayhsal mengenai kekuatan Umno tidak perlu diendahkan.



Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

“Pendapat siapa yang harus kita beri perhatian lebih? Rakyat atau Wan Fayhsal? Siapa yang lebih memahami?” tanya Nazri.

Nazri berkata, pada beberapa PRK lalu, rakyat membuktikan Umno tetap relevan.



“Lihatlah fakta. Kami menewaskan PPBM, DAP, PKR, dan Warisan,” kata beliau.

Bekas perdana menteri, Najib Razak, memberi reaksi sinis, dengan bertanya Wan Ahmad Fayhsal kerusi mana yang akan ditandinginya pada pilihan raya umum akan datang.

“Rasanya dia pasti menang di mana-mana juga sebab lawannya akan susah untuk lawan kuasa cetak duit dan kuasa surat sokongan,” katanya di Facebook.

Cara pemimpin Armada buatkan UMNO-Bersatu tak kekal lama – Zahida



Beliau merujuk kepada cadangan Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini, mahukan Bank Negara untuk mencetak lebih wang tunai untuk membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Wan Ahmad Fayhsal juga dikaitkan dengan isu menawarkan surat sokongan kepada ahli PPBM semasa berkempen pada pemilihan parti tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Puteri Zahida Zarik Khan turut menolak kenyataan Wan Fayhsal itu dengan menegaskan parti itu tidak mudah dilemahkan walaupun diserang berulang kali.



“Kamu boleh tanya pada rakyat dan lebih 3 juta ahli Umno, adakah parti ini sudah tidak relevan?

“Kamu kata zaman Umno sudah berakhir. Ironinya, boss kamu dahulu Tun Mahathir mengaku ‘masih sayang Umno’.

“Jadi zaman siapa yang sudah berakhir?” kata beliau.

Mahathir adalah pengasas PPBM namun keluar parti itu dan baru-baru ini dilaporkan berkata beliau sedia kembali kepada parti itu, tertakluk kepada beberapa syarat.

 

Ketua ARMADA, Wan Fayhsal pertahan janji keluarkan surat sokongan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker