Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti · MYKMU.NET

Wan Fayhsal timbalan menteri yang tiada kualiti

Share

Cadangan Ketua Armada tidak munasabah, kata Irwan Serigar

Gesaan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada kumpulan berpendapatan 40 peratus terbawah (B40) mengundang kemarahan sekali lagi.

Ini bukan kali pertama Wan Ahmad Fayhsal mengeluarkan kenyataan kontroversi bahkan ia merupakan kali kedua cadangan tidak masuk akal yang dikemukakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu.

Cadangan Wan Ahmad Fayhsal mendapat teguran sinis daripada bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sambil menyifatkan idea jemaah Kabinet itu sebagai tidak relevan dengan sistem perbankan.

“Tiada kualiti timbalan menteri ini. Sering buat kenyataan tidak munasabah. Kalau duit bapak dia oklah tolong bayar,” ciapnya di akaun Twitternya, hari ini.

Semalam, portal FreeMalaysiaToday melaporkan Wan Ahmad Fayhsal menggesa bank melaksanakan penghapusan hutang secara bersasar, khasnya kepada golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Menurut Wan Ahmad Fayhsal, gesaan untuk bank menghapuskan bayaran faedah dan hutang bukan perkara baharu kerana cadangan sama turut dibangkitkan di negara lain.

Katanya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan institusi yang memiliki saham di bank mempunyai kewajipan sosial terhadap rakyat dan mereka perlu membuat pengorbanan. MG

Ketua Pemuda PPBM gesa bank hapus hutang B40

Leave a Reply