Akta Antilompat Parti: Tidak boleh terlalu bebas atau terlalu ketat hingga halang demokrasi

PETALING JAYA: Akta antilompat parti sekiranya digubal, harus mengambil pendekatan sederhana dan tidak terlalu ketat sehingga membendung semangat demokrasi khususnya jika tindakan ‘melompat’ parti dibuat atas sebab-sebab yang kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi meneliti paramater yang menjadi kayu ukur, untuk menentukan tindakan seseorang ahli politik sehingga boleh dianggap sebagai melompat.

Memberi contoh, beliau berkata, jika mana-mana ahli politik yang merasakan partinya sudah tersasar daripada landasan dan mereka tiada pilihan selain menyertai parti lain, maka timbul persoalan adakah tindakan itu turut dianggap melompat dan boleh dihukum di bawah akta sedemikian.



“Kementerian saya akan jawab dan berbincang dengan Peguam Negara, untuk menentukan supaya akta itu nanti tak terlalu membendung pihak berpolitik, maknanya tak terlalu membendung demokrasi.

Bagaimanapun, menurut beliau, undang-undang itu juga tidak boleh terlalu bebas sehingga orang politik boleh berpindah-randah sesuka hati mereka.

“Tindakan untuk melompat parti mesti ada halangan dan rintangan.
“Jadi keperluan undang-undang sebegitu memang ada, tapi parameternya adalah jangan terlalu membendung dan jangan pula bebas sangat,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, undang-undang antilompat memang diperlukan, susulan budaya ‘berpindah-randah’ yang semakin berleluasa sehingga menjejaskan kestabilan kerajaan dan negara.



“Kalau kita menjiwai sema­ngat perundangan, kita akan jelas bahawa jika satu-satu masyarakat itu tiada disiplin, maka undang-undang perlu diwujudkan untuk mendisiplinkan masyarakat.

“Kalau kita lihat keadaan yang berlaku dalam masa dua, tiga tahun ini, jelaslah bahawa ada keperluan berkehendakkan kepada membendung ketidakstabilan politik akibat orang politik berpindah-randah,” tegasnya.

Dalam perkembangan ber­asingan, beliau berkata, kerajaan di bawah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) sedang merangka mekanisme bagi mewujudkan undang-undang yang memantau dan mengawal dana politik.

Katanya, satu undang-undang khusus perlu diwujudkan dan kerajaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada undang-undang sedia ada, terutama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLATFPUAA).
“Undang-undang sebegini walaupun bunyinya mudah, sebenarnya kompleks. Sedangkan AMLATFPUAA ini hanya untuk kerja-kerja khusus, bukan untuk dana politik.



“Sebabnya, ia untuk mengatur dan mengawal penggunaan sumber kewangan politik. Kalau kita mahu elak budaya politik wang, mahu elak sumbangan politik yang beragenda memusnahkan negara dari luar,


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PKR terima tamparan hebat tewas semua kerusi ditandingi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker