Pengasas Sugarbook mengaku tak salah atas ‘kenyataan mengelirukan’ berkait ‘sugar baby’

SHAH ALAM: Pengasas Sugarbook, Chan Eu Boon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan membuat kenyataan mengelirukan di platform media sosialnya berkait “sugar baby”.

Chan, yang juga dikenali sebagai Darren Chan, berdepan satu pertuduhan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Dia didakwa menggunakan laman web technave.com untuk menyiarkan catatan “Top 10 Sugar Baby Universities in Malaysia”, dengan niat menimbulkan kegusaran awam.



Dia berdepan hukuman penjara maksimum dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari membenarkan Chan diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Aliff Asraf Anuar Shahruddin mewakili pihak pendakwaan, manakala Chan diwakili peguam T Shashi Dewan.

Peningkatan Mendadak Bilangan Pelajar Universiti Menjadi Sugar Baby, Apa Sudah Jadi?



Chan direman sejak 19 Feb lalu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Semalam, timbalan pendakwa raya berkata, mereka akan meneruskan pertuduhan terhadap Chan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Polis menjalankan siasatan ke atas laman web itu selepas ia didakwa menamakan 10 universiti awam dan swasta mempunyai paling ramai pelajar menjadi “sugar baby” di Malaysia untuk mendapatkan “sugar daddy” membiayai kehidupan mereka.



Baru-baru ini, Sugarbook dilaporkan berkata, ia menyaksikan peningkatan 40% pelajar universiti mendaftar sebagai “sugar baby” sejak Januari lalu, dengan 12,705 pelajar di Lembah Klang menggunakan platform itu.

Kalau saya sebelah Tun M pun kerja saya kelirukan rakyat – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker