Hidayah dari Allah, gengster Yakuza peluk Islam

Siapa sangka apabila hidayah datang menyapa, seorang, gangster Yakuza pun boleh memeluk Islam

Hidayah dari Allah, gengster Yakuza peluk Islam

Takawaza! Siapa yang tidak kenal dirinya? Seorang pelukis tatu yang pasti dicari-cari pelanggan yang memerlukan khidmatnya. Apatah lagi menjadi salah seorang daripada pengikut ajaran Yakuza, sebuah kumpulan mafia kongsi gelap yang terkenal di Jepun, memudahkan dia menguruskan bisnesnya sebagai tambahan punca pendapatannya!.

Dengan rambut panjang melepasi bahu, berpakaian selekeh dan kusut masai, badan dipenuhi tatu serta berkelakuan tidak senonoh, itulah identiti ahli kumpulan Yakuza. Selain melukis tatu, masanya banyak dihabiskan untuk melakukan jenayah. Selama 20 tahun, itulah masa hidup yang disia-siakan olehnya. Namun bagi Takawaza itulah bukti kesetiaannya kepada kumpulan tersebut.



Berpegang dengan kepercayaan Shinto yang popular di kalangan penduduk Jepun, Takawaza tidak pernah berfikir pun tentang agama lain, apalagi Islam, satu agama yang begitu asing bagi diri dan masyarakatnya. Malah meninggalkan agama nenek moyang yang dianuti sejak turun-temurun bukanlah kerja gila yang perlu dia lakukan.

Namun siapa sangka apabila hidayah datang menyapa tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Satu ketika waktu dia berjalan seorang diri di Wilayah Shibuya, tiba-tiba Takazawa disapa oleh seorang lelaki tua yang lengkap berjubah dan beserban putih. Muka lelaki tersebut kelihatan cukup tenang dan bersih. Kemudian lelaki tersebut menyuruh Takazawa membaca bersamanya satu ayat yang tertera di atas sekeping kertas.

Entah kenapa tanpa bantahan dia menurut sahaja bicara lelaki itu walaupun tidak diketahui apa yang dibacanya. Seolah-olah dipukau dengan paras rupa dan tutur kata lelaki tersebut yang begitu lembut dan lunak bahasanya.



Dia membacanya satu persatu walhal dia tahu itu bukanlah ayat dari ajaran Shinto. Apa yang jelas dan diingat pada sebutannya hanya perkataan Allah dan Muhammad. Dan itulah dua perkataan yang sering diucapkan oleh orang Islam. Tetapi kenapa lelaki itu memberikan kepadanya?

Mula mengkaji

Selepas dari pertemuan dan membaca ayat dari lelaki berjubah putih itu, hati dan fikiran Takazawa langsung tidak tenteram. Saban hari dia sentiasa memikirkan tentang lelaki dan kalimah tersebut.



Persoalan yang sering bermain difikirannya ialah, siapakah lelaki berjubah dan beserban putih itu? Apakah lelaki tersebut tidak takut dan jelik menegurnya sedangkan semua orang memandang hina dan gerun kepadanya? Dan apa pula kalimah yang dibacanya sehingga ia tidak henti terngiang-ngiang di dalam kepala?

Sejak itulah dia mula mencari-cari apakah kaitan dua kalimah tersebut. Kenapa ia perlu disebut bergandingan? Dan mengapa ia begitu penting hingga amat sukar melupakannya?

Setelah puas mencari-cari jawapan, akhirnya Takawaza mula memahami bahawa dua perkataan itu merupakan dua kalimah yang cukup penting bagi umat Islam. Bahkan dua kalimah itu adalah bukti cinta, taat dan setia seorang manusia dengan sang Pencipta.

Dia tahu itulah Tuhan bagi umat Islam dan itulah Nabi yang diperakui mereka. Gandingan dua kalimah tersebut merupakan tanda penyaksian dan pengakuan seseorang untuk menerima hidayah Islam. Tapi kenapa dia?



Sekali lagi soalan itu berlegar di kotak fikirannya? Cukup aneh! Takawaza tidak berputus asa untuk mencari jawapan pada persoalan keduanya tadi. Kenapa dia? Satu soalan yang cukup menghantui dirinya.

Yang pasti sejak pertemuan yang tidak disengajakan itu, Takawaza mula mengkaji apa istimewanya agama yang dibawa oleh seorang lelaki bernama Muhammad. Hebat sangatkah Muhammad ini sehingga agama ini dianuti pula oleh sebahagian besar penduduk bumi?

Apakah kandungan kitab yang dibawa oleh lelaki keturunan Arab itu yang mampu menarik sejumlah umat manusia untuk yakin dengan ajaran yang ia bawa?

Tidak cukup dengan itu, Takawaza turut membuat perbandingan dengan agama-agama lain di dunia ini dan cuba mencari di mana titik persamaannya!



Ternyata tempoh dua tahun sejak dari pertemuan dengan lelaki berjubah putih itu, dia akhirnya mendapat jawapan yang sangat pasti. Al-Quran yang dibaca memberikannya satu sentuhan yang cukup berbeza. Tidak pernah ia rasakan sebelum ini. Apatah lagi ia sangat berbeza dengan pegangan agama Shinto yang dianuti sejak sekian lama.

Peluk Islam

Tanpa sedar Takawaza mengakui betapa indahnya bahasa al-Quran. Benar! Muhammad bercakap benar bahawa bukan dia yang mencipta ayat-ayat yang terkandung dalam kitab suci tersebut. Muhammad juga benar bahawa Tuhan itu hanya satu. Tiada tuhan melainkan Tuhan yang satu iaitu Allah Azza wa Jalla.

Setelah merasai keajaiban al-Quran dan mendapat jawapan yang dicari, akhirnya Takazawa berbulat tekad. Tempoh dua tahun mencari jawapan pada setiap persoalan yang berlegar selama ini tidak perlu dipanjangkan lagi. Ya! Dia cukup pasti, inilah jalan terbaik yang mampu memberikan dia kebahagiaan dan hala tuju hidupnya di dunia.



Akhirnya pada tahun 2006, dengan lapang dada dia mengucapkan lafaz syahadah sekali lagi. Istimewanya kali ini lafaz yang diucap penuh dengan keyakinan dan keimanan yang jitu kepada Allah dan Rasul berbeza lafaznya suatu ketika dahulu.

Syukur! Sungguh dia tidak menduga hidayah akan datang kepadanya dengan sebegitu rupa. Mengingatkan dirinya bahawa dia adalah hamba Allah dan bukan hamba Yakuza, Takazawa meletakkan nama Abdullah di hadapan namanya agar semua tahu dia adalah Takazawa yang baru, yang bersih dan jauh dari kesesatan.

Hebatnya perancangan Allah, setelah dua tahun memeluk Islam, dia ditemukan semula dengan lelaki berjubah putih yang pernah menghulurkan sekeping nota kepadanya. Melalui pertemuan itulah, baru Takazawa mengetahui bahawa lelaki itu ialah Sheikh Niamatullah, seorang imam di negara matahari terbit dan pernah menjadi imam di Masjid Nabawi, Arab Saudi dan Madinah.

Dengan penghijrahan agama yang dilakukannya, maka segala sisi buruk yang pernah dia lakukan satu ketika dahulu hanya menjadi kenangan dan sejarah silam yang kelam dan terkambus dek kejernihan cahaya imam.

Cahaya Islam yang meresap dalam dirinya betul-betul merubah perbuatan buruknya sebelum ini sehingga menjadi manusia yang betul mengabdikan diri kepada Allah. Malah keimanan dan kewarakan serta kepatuhan kepada agama Islam turut menjadi lebih baik berbanding orang Islam yang asal.

Bukti ketaatannya kepada agama Islam, imam yang menjadi wasilah hidayah daripada Allah Taala kepadanya itu telah memintanya menjadi imam di masjid yang terletak di Wilayah Shinjuku.

Permintaan itu dibuat berdasarkan keyakinan terhadap Takawaza selepas beliau melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Sehingga kini, Takazawa terkenal lantaran menjadi salah seorang daripada lima imam masjid besar di Jepun.

Ternyata keputusan yang dibuat oleh Takawaza dikagumi oleh kebanyakan masyarakat kerana dia sanggup meninggalkan kemegahan dan sisi hitam hidupnya hanya untuk menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah.

Berita keislaman Takawaza serta tekad meninggalkan perbuatan jenayah yang lampau turut mendapat perhatian kerajaan Arab Saudi apabila dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam bidang pengajian Islam dan diberi biasiswa sepenuhnya oleh kerajaan tersebut pada tahun 2008.

Sehingga kini berkat keislaman dan tugasnya sebagai imam masjid maka agama Islam pun semakin memekar indah di negara sakura tersebut. Wallahu a’lam Utv

Hidayah dari Allah, gengster Yakuza peluk Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker