SOP ikut keperluan semasa, tepis tuduhan keputusan ‘flip flop’, kata Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kerajaan menepis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan secara “flip flop” sehingga menyusahkan banyak pihak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan SOP dibuat mengikut keperluan semasa.

“Ramai keliru apabila kita buat perubahan SOP, ada yang mengatakan kita ‘flip flop’ tapi kita buat perubahan berdasarkan situasi semasa.

“Kalau ikut SOP PKP (dulu) perniagaan tidak boleh dijalankan, tapi kita tukar pendekatan untuk bantu rakyat mencari pendapatan, dengan SOP ketat.

“Kalau kita tegas dengan SOP seperti dulu, saya percaya ramai tidak mampu teruskan hidup kerana tak ada pendapatan,” katanya semasa sidang media perkembangan harian pelaksanaan PKP dalam membendung Covid-19.

Annuar bangkit bela Kerajaan, keputusan flip flop ke arah kebaikan tidak mengapa

Ismail turut menjelaskan kekeliruan berhubung perjalanan sama ada menggunakan sempadan daerah pentadbiran atau daerah polis menyebabkan ramai mengadu mereka dikompaun ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) sedangkan pergerakan dalam daerah dibenarkan.

“Sempadan daerah yang digunakan adalah sempadan daerah pentadbiran dan bukan sempadan daerah polis.

“Bagi mereka yang telah dikompaun dalam kes-kes sebegini, mereka boleh mengemukakan rayuan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah mengikut daerah kompaun yang dikeluarkan. Saya harap dengan penjelasan ini tiada lagi kekeliruan selepas ini,” katanya.

Ismail turut memaklumkan kerajaan tidak pernah mengarahkan operasi hotel ditutup sepanjang PKP, perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Jika ada hotel yang menutup operasi mereka kerana kurang tempahan, itu bukan atas arahan kerajaan,” katanya.

19 juta rakyat enam negeri ‘dikurung’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker