Rentas negeri, daerah masih tak dibenarkan

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih tidak membenarkan aktiviti rentas daerah dan negeri bagi kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) walaupun menunjukkan penurunan jangkitan ketara sejak beberapa hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP), PKPB dan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan ditamatkan atau sebaliknya termasuk kebenaran rentas daerah dan negeri akan diumumkan dua hari sebelum tempoh pelaksanaan perintah kawalan itu tamat 4 Mac ini.



“Seperti kita tahu status PKP, PKPB dan PKPP akan tamat pada 4 Mac dan dua hari sebelum itu kita akan umum setelah berbincang melalui mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN)

“Bagi mereka yang mahu rentas negeri jika ada urusan penting, boleh dapat kebenaran pihak polis,” katanya semasa sidang media perkembangan harian pelaksanaan PKP dalam membendung Covid-19.

Ismail berkata, jumlah kes mencatatkan penurunan ketika beberapa hari ini hasil kejayaan kerajaan melaksanakan PKP termasuk larangan rentas daerah dan negeri.

“Langkah menyekat rentas daerah/negeri dilakukan selepas mengambil iktibar susulan peningkatan kes ketika kebanyakan orang ramai terutama di zon merah pulang ke kampung halaman masing-masing penghujung tahun lalu dan awal tahun ini.



“Ini menyebabkan kes naik mendadak di beberapa negeri,” katanya

Mengejutkan: Polis Kelantan lulus lebih 52,000 kebenaran rentas daerah, negeri

Mengulas ibu bapa yang perlu melakukan rentas negeri dan daerah menghantar anak ke asrama selepas sekolah dibuka secara berperingkat bermula 1 Mac ini, Ismail berkata pihaknya akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) supaya mengeluarkan surat tanpa perlu mendapat kebenaran pihak polis.



“Jika pekerja boleh rentas daerah hanya dengan surat majikan tanpa perlu mendapat kebenaran polis… saya akan bincang dengan KPM supaya surat dikeluarkan untuk kemasukan pelajar ke asrama dan sebagainya, atau guru keluarkan surat untuk kebenaran khas menghantar anak ke asrama,” katanya.

Ismail turut mengumumkan kerajaan bersetuju menamatkan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Kg Teluk, Setiawan, Perak dan Felda Triang 3, Bera, Pahang bermula esok selepas tiada penularan berlaku di kawasan terbabit

Beliu turut memaklumkan, pihak polis semalam menahan 321 individu kerana melanggar SOP dengan 286 dikompaun manakala 29 individu direman dan enam dijamin.

Dalam tempoh sama menerusi Operasi Benteng pihak berkuasa turut menahan 17 pendatang asing tanpa izin (PATI), empat tekong serta merampas 11 kenderaan darat.



Rentas negeri tidak lagi dibenarkan di seluruh negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker