Wanita Dah Tak Kuasa Dah Cukur ‘Misai’ Di Kening

Copenhagen: Seorang wanita nekad untuk tidak mencukur ‘misai’ dan kening sejak Mac tahun lalu kerana mendakwa sudah penat untuk bergaya.

Eldina Jaganjac, 31, dari Copenhagen, Denmark, mempunyai rerambut halus di atas bibir dan kening yang bercantum sejak usia muda.

Dia yang juga seorang tutor sudah tidak menghiraukan pandangan ‘sinis’ dan hinaan orang ramai.

The Sun melaporkan Eldina turut membuang semua pencukur yang sering digunakan untuk mencukur ‘misai’ dan merapi keningnya sebelum ini.

“Ketika berjalan, ada lelaki yang menjerit supaya saya mencukur ‘misai’ dan bulu kening, malah ada juga yang melihat saya seperti mempunyai ‘kepala ketiga’.

“Pada mulanya saya rasa agak tidak selesa tetapi berpendapat mungkin mereka tidak mempunyai apa-apa yang ingin dilakukan.

“Selain itu, ada juga yang menyatakan ia sesuatu yang cool,” katanya.

Eldina berkata, dia rasa lebih yakin kerana tidak perlu takut untuk keluar di kawasan awam dan menekankan supaya memilih untuk menjadi diri sendiri jika ingin lebih selesa.-HM

Sumber: Instagram & The Sun

Gadis Ini Sanggup Habiskan RM15K Hanya Untuk Besarkan Bibir [ VIDEO ]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker