Tawaran untuk Salah buat pengurusan Liverpool ‘koyak’

Tawaran untuk Salah buat pengurusan Liverpool ‘koyak’

Pengurusan tertinggi Liverpool berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak tawaran 215 juta pound (RM1.26 bilion) yang dikemukakan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad untuk Mohamed Salah.

Salah, 31, menjadi subjek spekulasi perpindahan sejak beberapa minggu lalu, dan terus dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke Asia Barat sehinggalah jendela perpindahan Arab Saudi ditutup hari ini.



Ittihad sebelum ini menawarkan 150 juta pound (RM881 juta) yang ditolak Liverpool, namun dijangka kembali dengan tawaran lebih baik 215 juta pound.

Jumlah itu akan mengatasi rekod perpindahan semasa dan mencipta rekod dunia.

Menurut The Sun, beberapa pegawai tertinggi Liverpool masih berfikir sama ada mahu mempertahankan Salah atau tidak kerana ditawarkan bayaran yang sangat besar.

Begitupun Reds juga tersepit kerana tidak dapat membeli pengganti Salah sehingga ­Janua­ri tahun depan jika memutuskan untuk melepaskan pe­njaring terbanyak mereka selama enam musim itu.



Walaupun pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bertegas tidak akan menjual Salah, namun laporan menunjukkan Salah bersedia mempertimbangkan pakej gaji 2.45 juta pound (RM14 juta) seminggu di Ittihad.

Nilai itu sudah tentu mengejutkan dan membuatkannya berfikir meninggalkan Anfield, malah kelab Saudi itu juga menawarkan insentif lain. Utusan

Tawaran untuk Salah buat pengurusan Liverpool ‘koyak’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker