PM ucap tahniah pada Bonnie atas kejayaan ‘Emas Pertama’ negara

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, yang menghadiahkan pingat emas pertama kepada Keluarga Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo.

Menerusi catatan di Facebook rasminya hari ini, beliau berkata kejayaan Bonnie itu turut menjadi kebanggaan negara apabila lagu Negaraku berkumandang dan Jalur Gemilang berkibar di Tokyo.

“Emas Pertama Malaysia! Terima kasih Bonnie Bunyau Gustin kerana menghadiahkan Keluarga Malaysia pingat emas bagi acara angkat berat lelaki. Anda kebanggaan kami apabila lagu Negaraku berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar di bumi Tokyo,” katanya.

Perdana menteri turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih dan kontinjen Malaysia.

Bonnie hari ini, melakukan angkatan menakjubkan apabila menghadiahkan emas pertama buat negara pada hari keempat Sukan Paralimpik.

Lebih mengagumkan, atlet kelahiran Serian, Sarawak itu turut memecahkan rekod Paralimpik dipegang Rasool Mohsin dari Iraq pada Rio 2016 iaitu 227 kg, dengan angkatan 228 kg dalam percubaan ketiganya pada hari pertama sukan berkenaan berlangsung.


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Paralimpik Tokyo: Bonnie raih emas pertama negara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker