Ferguson Kunci Kepulangan Ronaldo CR7 ke Manchester United

Ferguson Kunci Kepulangan Ronaldo CR7 ke Manchester United

BEKAS pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkata Sir Alex Ferguson merupakan kunci kepulangan Cristiano Ronaldo ke Old Trafford.

United semalam mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.

Ia merupakan satu perkhabaran yang mengejutkan ketika beberapa jam sebelumnya pemain berusia 36 tahun itu menghampiri untuk melengkapkan perpindahan menyertai Manchester City.

United berkata dalam pengumuman tersebut, “Semua orang di kelab menantikan kepulangan Cristiano kembali ke Manchester.”

Difahamkan United akan membayar EURO15 juta berserta tambahan EURO8 juta.

Ronaldo menjaringkan 118 gol dalam 292 penampilan buat United di antara 2003 dan 2009 sebelum meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid, di mana dia berjaya meraih empat gelaran Liga Juara-Juara (UCL).

Bekas pengurus United, Ferguson, mendapatkan khidmat Ronaldo dari Sporting Lisbon ketika pemain itu berusia 18 tahun dan Rio Ferdinand mencadangkan bekas pengendali itu merupakan kunci kepulangan bintang Portugal itu ke Old Trafford.

Ronaldo sah kembali ke Manchester United

MANCHESTER United sebentar tadi mengumumkan sudah mencapai persetujuan bagi mendapatkan semula khidmat Cristiano Ronaldo daripada Juventus.

Persetujuan itu berlaku selepas 12 tahun beliau meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.

“Manchester United sukacita mengesahkan bahawa kelab sudah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi perpindahan Cristiano Ronaldo, ia tertakluk kepada terma peribadi, visa dan laporan perubatan,” kata United dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan menerusi laman web rasmi Manchester United.

Sementara itu, Astro ARENA melaporkan, Ronaldo bersetuju kembali menyertai Manchester United selepas memeterai perpindahan bernilai EURO15 juta, dengan tambahan EURO8 juta.

Memetik sumber ESPN, pemain berusia 36 tahun itu dilaporkan bakal menandatangani kontrak dua tahun bersama Old Trafford.

United memuatnaik kolaj Ronaldo ketika dia sebelum ini mewakil kelab itu berserta dengan kata-kata, “Selamat pulang, Cristiano Ronaldo.”

“Ia termasuk lima gelaran Liga Juara-Juara (UCL), empat Piala Dunia Kelab FIFA , tujuh gelaran liga di England, Sepanyol dan Itali serta Kejuaraan Eropah bersama Portugal.

“Bersama Manchester United, dia menjaringkan 118 gol dalam 292 perlawanan. Semua di kelab berharap dapat menyambut Cristiano kembali ke Manchester,” katanya.

Pemain antarabangsa Portugal itu berangkat ke Real Madrid pada 2009 dengan bayaran rekod dunia sebanyak GBP80 juta tetapi kini bakal mengharungi satu kepulangan yang penuh beremosi.

Ferguson Kunci Kepulangan Ronaldo CR7 ke Manchester United


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim

PU Syed mohon polis ziarah Suhaimi Saad

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker