[VIDEO] ‘Awang Rasau’ baham 35 lembu akhirnya masuk perangkap dan tumbang
Kerisauan lebih 300 peneroka di Felda Kerteh 3 dan Kerteh 4 di Ketengah Jaya dekat sini berakhir selepas seekor harimau belang yang membaham 35 ekor lembu ternakan penduduk berjaya ditangkap hari ini.
Seekor harimau belang seberat 160 kilogram berjaya ditangkap di sebuah ladang sawit di Felda Kerteh 3, di sini, hari ini.
Harimau yang digelar ‘Awang Rasau’ berusia lingkungan 15 tahun itu berjaya ditangkap jam 11.30 pagi membabitkan seramai 15 anggota Jabatan Perhilitan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Dungun dan Kemaman diketuai Pusat Penyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), Sungkai, Perak.
Penolong Pegawai Hidupan Liar Kanan NWRC, Nik Mohd Zamani Awang berkata, anggotanya mengambil masa selama empat jam sebelum berjaya menangkap harimau terbabit.
Menurutnya, pihaknya percaya harimau itu yang dilaporkan menyerang lembu ternakan penduduk.
“Kami menerima menerima aduan daripada penduduk yang terserempak dengan harimau itu petang semalam.
10 Disember tahun lalu melaporkan seramai 309 peneroka terutama 30 pengusaha haiwan ternakan di Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya dalam ketakutan dan kebimbangan berikutan serangan harimau belang sejak awal tahun ini.
Tambah membimbangkan penduduk, kejadian serangan terhadap lembu yang diternak di dalam ladang kelapa sawit semakin menjadi-jadi sejak bulan November lalu dengan purata tiga ekor seminggu
Nik Mohd Zamani berkata, harimau itu cuba melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sebelum berjaya ditangkap.
“Siasatan mendapati harimau terbabit mengalami kecederaan di perut dan belakang dipercayai terkena tembakan pihak yang tidak bertanggung jawab.
“Kesan kecederaan itu menyebabkan harimau terbabit terpaksa bergerak dengan menggunakan kaki hadapan,” katanya.
Katanya, berikutan kecederaan yang dialami, harimau terbabit segera dibawa balik ke NWRC untuk menjalani rawatan lanjut.-HM/K’Online
VIDEO DIBAWAH:-
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=ZA-knAqIPpY[/embedyt]
Sumber: Harian Metro/ Kosmo