RITA RUDAINI: “SAYA TAK TERHEGEH-HEGEH MAHUKAN KEMBALI AIDIL”
“Saya tak terhegeh-hegeh mahukan kembali Aidil. Ketika sebelah sana terhegeh-hegeh dengan suami saya, tidak pernah pula saya menyerangnya. Usahlah takut, umur saya pun sudah 45 tahun. Perasaan nak kembali bercinta sudah lama mati. Nasihat saya, jagalah penampilan supaya suami tidak pandang wanita lain.
“Jauh di sudut hati, saya terfikir apa lagi mereka tak puas hati. Macam-macam tuduh saya, kononnya saya bawa lari Aidil dan sebagainya. Sampai bila mahu berdendam, sedangkan saya tidak kacau hidup orang. Saya seorang diri membesarkan anak tanpa suami, jadi janganlah rasa ‘insecure’ dengan saya,” itulahlah kata-kata pelakon Rita Rudaini.
Dalam pada itu, Rita menyangkal tuduhan mendakwanya gila talak dan terhegeh-hegeh mahu kembali ke bekas suaminya, pemain bola sepak, Aidil Zafuan. Ujarnya, masalahnya dengan Aidil tidak akan selesai selagi dia tidak berkahwin kerana ada pihak yang tergugat dengan statusnya sebagai ‘janda hot’.
Meluahkan rasa syukur dapat membesarkan kedua anak-anak dengan baik tanpa mengharapkan bekas suami, Rita berkata tidak perlu sibuk dengan tindakannya menghantar anak ke sekolah mahal.
“Alhamdulillah, anak besar dalam keadaan elok. Soal saya menghantar anak ke sekolah mahal dan sebagainya, janganlah sibuk kerana ia duit hasil titik peluh saya. Hendak diikutkan nafkah RM3,000 diberikan tidaklah besar mana kerana RM1,500 untuk tempat perlindungan, selebihnya keperluan lain.
“Jadi, fikirlah cukup atau tidak nafkah yang diberikan. Jangan persoalkan kehidupan saya dengan anak kerana saya tak pernah minta duit daripada sesiapa. Untuk pengetahuan, duit nafkah adalah apa yang sudah dipersetujui di mahkamah syariah,” ujarnya.
Bulan lalu, hangat diperkatakan apabila Aidil menjelaskan dakwaan netizen mengatakan dia tidak membayar nafkah kepada dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.
Susulan kenyataan Aidil itu, Rita pula tampil membongkar semula kisah bekas suami mendakwa Aidil pernah tidur dan menghabiskan masa selama seminggu bersama anak-anak di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.
DIGELAR ‘GILA MEROYAN’ & ‘GILA TALAK’ – RITA AKUI TIADA NIAT UNGKIT KISAH LAMA
You must be logged in to post a comment.