4 beradik ditinggalkan di pondok jaga kini dalam ‘jagaan baik’

Empat beradik termasuk seorang bayi berusia 10 bulan yang dipercayai ditinggalkan di hadapan pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah (MDPT), Seri Iskandar, Perak semalam dibawa ke hospital bagi pemeriksaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri berkata mereka dibawa ke hospital oleh pegawai kementeriannya.

“Setelah dibawa ke hospital, pihak kementerian masih perlu mendapatkan perintah daripada mahkamah untuk membawa semua kanak-kanak itu ke institusi di bawah kementerian. Mereka kini dalam jagaan baik,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita.



Nancy berterima kasih kepada orang ramai yang berkongsikan maklumat sekali gus membolehkan kementerian bertindak segera.

Terdahulu, Bernama melaporkan empat beradik yang terdiri daripada dua lelaki berusia 11 dan 3 tahun, bayi lelaki berusia 10 bulan, serta kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun ditemukan ditinggalkan di kompleks berkenaan.

Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata maklumat kejadian diterima melalui pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekitar 5.39 petang.

Sementara itu, mengulas mengenai Tribunal Anti Gangguan Seksual, beliau berkata presiden, timbalan presiden serta 10 anggota tribunal berkenaan akan dilantik dalam masa terdekat. Tribunal itu akan beroperasi sebelum Januari 2024.



Dalam ucaptama pada majlis berkenaan, Nancy berkata menangani keganasan terhadap wanita merupakan tanggungjawab bersama dan semua pihak perlu main peranan memastikan tempat kerja persekitaran yang selamat dengan tiada toleransi terhadap sebarang gangguan atau keganasan.

Kementeriannya dalam peringkat akhir mengemas kini Garis Panduan Pengendalian Kes Keganasan Rumah Tangga yang menjadi rujukan dan panduan kepada agensi berkaitan bagi menyelaras dan mengendalikan kes berkenaan dengan berkesan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh



Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker