Kes rogol Da’i: Pendakwaan serah dua dokumen perubatan

SHAH ALAM – Pihak pendakwaan telah menyerahkan dua laporan perubatan berkaitan kes rogol melibatkan pendakwah selebriti, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian memaklumkan perkara itu semasa kes itu disebut semula di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie hari ini.

Beliau berkata dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam, dekat sini dan Hospital Temerloh, Pahang juga telah diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.

“Bagaimanapun satu lagi dokumen perubatan dari Hospital Kajang dan satu laporan kimia masih belum diserahkan dan akan diberi kepada pihak pembelaan dalam masa terdekat,” kata Nor Baizura.
Peguam Syed Amirul Syed Edros mengesahkan menerima kedua-dua dokumen perubatan tersebut dan mahkamah menetapkan 5 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 Sept 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Okt 2020. MG

Rogol amah: Umum segera hasil siasatan

Related Articles

One Comment

  1. entah bila agaknya da’i syed ni nak minta maaf atas keterlanjuran & kesalahan yang dia telah lakukan?
    ramai wanita begitu mudah percaya dengan kekacakkan & kata2 manis da’i syed ni
    sedangkan dajal yang muka hodoh pun ramai wanita mudah percaya & jadi pengikut
    inikan pula da’i syed
    memang kita sedang berada di akhir zaman
    ramai wanita dengan mudah akan dijadikan pengikut dajal untuk syirik kepada tuhan
    da’i syed pula mudah juga jadikan wanita sebagai pengikut
    iaitu ikut balik untuk ‘diratah’
    (sebutan tak elok & tak disukai ramai wanita yang menjadi pengikut da’i syed ialah ‘dirogol’)

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker