PRN Johor: Calon MUDA Menipu Ibu Sendiri, Apa Jaminan Tidak Menipu Pengundi?

Oleh Megat Terawih

Mengaku melakukan perbuatan menipu adalah satu tindakan terpuji kerana itu adalah tanda menyesal dan tidak akan melakukannya lagi. Apa juga perbuatan jahat sekiranya mengaku salah perlu minta maaf.

Itulah yang berlaku kepada calon dari parti MUDA bagi DUN Wangsa Puteri, Amira Aisya. Beliau dengan tulus mengaku menipu ibunya bahawa beliau tidak akan berkecimpung di dalam dunia politik tetapi akhirnya beliau engkar. Bukan hanya menipu ibu kandungnya untuk tidak berpolitik tetapi terus ‘gila’ menjadi calon.



Tiada pengalaman bergaul dengan masyarakat dan paling teruk, dengan jiran setaman pun beliau tidak mengenali mereka sepenuhnya.

Kerjaya sebagai peguam bukanlah jaminan seseorang itu tidak akan menipu. Lihat sahaja wakil rakyat di dalam pakatan harapan, berapa orang yang berkerjaya peguam tetapi tidak mampu mencegah pakatan mereka supaya tidak menipu ketika pilihanraya umum ke 14. Di pilihanraya umum itulah wujudnya ‘skim penipuan bersekala besar’ di dalam sejarah negara sejak merdeka.

Buktinya juga jelas apabila calon bagi DUN Wangsa Puteri ini membuat janji kepada pengundi kelmarin.



Janji gaji yang tinggi, janji peluang pekerjaan bagi rakyat yang bekerja di Singapura supaya balik bekerja di Johor khasnya. Ini semua janji pakatan harapan pimpinan DAP ketika PRU14 yang lalu.

Kalau sudah menjadi kerajaan pun pakatan harapan tidak tunaikan janji, siapakah calon MUDA yang menipu ibunya sendiri ini?

Rakyat Wangsa Puteri jangan dikencing kali kedua.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker