Isa Samad di dapati salah atas tuduhan rasuah RM3 juta

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi perbicaraan kes pecah amanah dan rasuah RM3 juta berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Mohd Isa, 70, menghadapi satu pertuduhan pecah amanah dan sembilan pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM3 juta yang didakwa dilakukan di Menara Felda, Platinum Park, Persiaran KLCC antara 29 April 2014 dan 11 Dis 2015.
–fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas sembilan tuduhan rasuah RM3 juta membabitkan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 50 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di atas imbangan kebarangkalian bahawa penerimaan wang suapan oleh tertuduh seperti dalam sembilan pertuduhan adalah dilakukan secara rasuah sebagai upah membantu menguruskan pembelian hotel berkenaan.

Katanya, mahkamah juga mendapati pembelan tertuduh dalam konteks keseluruhan keterangan kes juga gagal menimbulkan sebarang keraguaan munasabah.

“Pihak pembelaan dengan ini berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan. Oleh itu, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan dengan kesemua sembilan pertuduhan,” katanya.

Pada 14 Disember 2018, Mohd Isa, 72, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebelum kes itu dipindahkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bermula 8 Oktober tahun lalu.

Mohd Isa yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan didakwa atas sembilan pertuduhan menerima suapan untuk dirinya berjumlah RM3.09 juta daripada Ikhwan Zaidel iaitu Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md Arip sebagai tanda terima kasih kerana membantu meluluskan pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Tingkat 49, Menara Felda, Platinum Park, No. 11, Persiaran KLCC di sini antara 21 Julai 2014 dan 11 Disember 2015.

Pertuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan-BH

Leave a Reply