LZS jumpa wanita mualaf hidup gelandangan dalam kereta

 

Shah Alam: Kisah duka ibu tunggal dan dua anaknya yang terpaksa hidup gelandangan di dalam kereta sejak dua bulan lalu, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Difahamkan ibu tunggal berusia 42 tahun itu terpaksa hidup merempat selepas perniagaannya berdepan masalah selain dihalau keluar dari rumah sewa didiami.

LZS ketika dihubungi memaklumkan sebaik saja mendapat maklumat mengenai keadaan wanita itu, pihaknya segera mencari dan menemuinya di Kuala Lumpur, semalam.

“Berdasarkan rekod, wanita itu memeluk Islam pada 2009 di Bangi manakala alamat yang tertera di kad pengenalan diri adalah alamat keluarganya yang bukan Islam.

“Sebelum ini, dia menyewa sebuah kondominium di Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan kadar sewa RM1,900 sebulan bagaimanapun terpaksa keluar kerana tidak dapat melunaskan tunggakan sewa.

Warga emas ditinggalkan keluarga di surau

“Difahamkan, wanita itu menjalankan perniagaan perabot bagaimanapun disebabkan Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta terbeban dengan hutang lama, perniagaan tidak dapat diteruskan dan akaun syarikat juga dibekukan,” jelas LZS ketika dihubungi hari ini.

LZS turut memaklumkan wanita malang itu pernah diberi bantuan kecemasan dan pihak LZS juga menyerahkan borang bancian untuk semakan semula kelayakan fakir miskin kepadanya.

LZS memaklumkan, wanita itu kini berada di sekitar pusat beli-belah SOGO dan kes dipanjangkan ke Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran maklumat mengenai keadaan dirinya yang sebelum ini tular di WhatsApp kerana bimbang keadaan kesihatan bapanya yang tidak begitu baik.

Terdahulu, tular di WhatsApp satu kenyataan oleh seorang wanita yang mendakwa dirinya kini hidup gelandangan selepas perniagaannya berdepan masalah.

Wanita berkenaan yang juga seorang mualaf mendakwa sudah dua bulan tinggal di dalam kereta dan kini berdepan masalah baharu apabila cukai jalan kenderaannya sudah tamat tempoh.

‘Dia bantu saya mendalami Islam’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker