JAMAL ABDILLAH TAK KISAH DIKATA TUNDUK DENGAN PENYANYI BARU
“Biarlah orang kata saya penyanyi lama tapi tunduk dengan penyanyi-penyanyi baru. Saya tak kira, saya sanggup. Bagi saya yang veteran ni, untuk terus berada dalam arus perdana, inilah formula yang perlu diambil.
“Saya masuk studio saya letakkan diri dibawah kerana saya ‘bekerja’ dengan mereka. Berapa kali Luca betulkan saya sebab dia kata saya sumbang. Saya ikut sahaja walaupun saya rasa saya tak sumbang.
“Saya ikut sahaja walaupun saya rasa tak sumbang. Tetapi, itu kan lagu dia, kita hormati karya dia dan semestinya dia mahukan yang terbaik. Saya hargai pengalaman tersebut. Saya bersyukur dan berbesar hati dengan karya orang-orang muda ini,” ujar penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah.
Klik untuk gambar besar
Jamal Abdillah diminta mengulas mengenai kolaborasinya bersama gandingan duo rapper yang juga komposer, Kmy Kmo dan Luca Sickta. penyanyi lagu ‘Azura’ itu mengakui sangat mengangumi bakat dua anak muda tersebut.
Selepas Datuk M. Nasir (Zuhud) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza (7 Nasihat), Kmy dan Luca menampilkan Jamal Abdillah pula dalam single terbaru mereka berjudul ‘Neraca’.
“Luca Sickta atau nama sebenarnya Ashraf Shahruddin berkata, dari awal lagi mereka sudah membayangkan Dato’ Jamal Abdillah bagi menyanyikan lagu ini.
“Ketika Kmy buat rakaman demo lagu ini dia menyanyi ala suara Datuk Jamal. Malah, dari awal lagi memang sudah pasang niat alangkah menarik jika Dato’ Jamal dapat menyanyikan lagu ini.
“Tak sangka pula Datuk setuju selepas kami proposed. Kami terus tukar muzik dan masukkan elemen ghazal. Sepanjang proses rakaman, dato’ Jamal sangat mengalu-alukan kami. Kami menjangkakan dia seorang legenda yang ‘diva’, tapi sangkaan kami meleset.
“Tidak ada langsung rasa kekok, sebaliknya dia sangat mudah bekerjasama, profesional dan merendah diri. Sikap yang ditunjukkan itu tidak membuatkan kami rasa takut dan segan,” katanya.
You must be logged in to post a comment.