Dapatan tinjauan mendapati Pelangai tetap akan menjadi kubu buat BN

Tinjauan bersama pengundi Pelangai membayangkan PN akan tewas dalam PRK Sabtu ini.

Tinjauan itu menunjukkan hampir semua responden telah membuat keputusan, dengan 55.5 peratus responden akan mengundi BN dan 43.2 peratus lagi memilih PN.

“Berdasarkan dapatan, didapati bahawa naratif perubahan yang dibawa PN masih belum dapat menembusi jiwa pengundi di DUN Pelangai, walaupun telah ada peningkatan kecenderungan terhadap PN,” menurut Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (APM) yang menjalankan tinjauan tersebut.



Pada PRU 2022, PN meraih 25.7 peratus daripada keseluruhan undi di Pelangai bagi peringkat DUN.

Bagi peringkat Parlimen pula, gabungan itu mendapat 40.4 peratus daripada keseluruhan undi di Pelangai, berdasarkan data granular yang dibeli Malaysiakini daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mahu kerajaan negeri kekal

Ketika ditanya jika pentadbiran BN-PH di Pahang patut dikekalkan sehingga habis penggal, 58.6 peratus responden bersetuju, sementara 27.9 peratus tidak pasti.



Hanya 13.5 peratus responden yang tidak bersetuju.

Majoriti responden yang tinggal di tiga Felda di Pelangai – Chemomoi, Sungai Kemasul dan Sungai Kemahal – berkata mereka berpuas hati dengan kerajaan negeri.

Pada PRU lalu, PN menunjukkan prestasi yang cukup baik di tiga Felda ini dan dan dijangka menjadi medan persaingan utama dalam PRK kali ini

Majoriti responden juga, iaitu sebanyak 50.8 peratus, berpandangan wajar untuk kerajaan persekutuan kekal sehingga habis penggal.



Bagaimanapun, soalan itu mengundang jawapan yang berbeza daripada responden di tiga felda, dengan peratusan signifikan (antara 31.8 peratus hingga 62.5 peratus) menjawab “tidak pasti”.

Secara keseluruhan, 30 peratus responden menolak kerajaan PH-BN di peringkat persekutuan.

“(Responden mendapati) naratif pertukaran kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri yang kurang rasional ada kemungkinan boleh menyebabkan berlaku kehilangan keyakinan pengundi terhadap platform kempen PN,” kata APM.

Wan Rosdy, Allahyarham Johari Harun popular



Sementara itu, Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menikmati tahap populariti yang tinggi dengan 80.9 peratus menyokong pentabdirannya.

Begitu juga dengan bekas Adun Pelangai Allahyarham Johari Harun, dengan 93.1 peratus responden berkata dia telah memberi khidmat yang baik.

Johari hanya menjadi Adun Pelangai selama sembilan bulan sebelum meninggal dunia dalam nahas pesawat pada Ogos lalu.

Bagaimanapun tahap populariti Perdana Menteri Anwar Ibrahim lebih rendah, dengan 60.2 peratus responden berpuas hati dengan prestasinya.



Pada masa sama, majoriti responden dari tiga Felda berpuas hati dengan Anwar.

“Walaupun sebelum ini sukar mendapat kepercayaan warga Felda, tetapi kini dilihat seperti warga Felda semakin mesra dengan perdana menteri dan keperluan kerjasama kerajaan perpaduan,” kata APM.

Antara empat isu utama yang memerlukan perhatian kerajaan, majoriti responden memilih kos sara hidup, diikuti dengan subsidi dan bantuan kerajaan, pembangunan infrastruktur dan peluang pekerjaan.

Sebanyak 22.7 peratus responden tidak bekerja. Kadar pengangguran seluruh negara pada tahun lalu adalah 3.73 peratus.



Meneliti ‘Gelombang Hijau’

APM menjalankan tinjauan ini antara 29 September hingga 2 Oktober lalu, melibatkan 1,772 responden yang ditemubual secara bersemuka.

Pelangai memiliki 72 peratus pengundi Melayu, manakala seramai 86.9 peratus responden dalam tinjauan ini adalah dari kaum Melayu.

Ketua perunding tinjauan Shahril Sabarudin memberitahu Malaysiakini pasukannya berdepan kesukaran untuk mendapatkan kadar responden yang sejajar dengan pecahan pengundi memandangkan ramai pengundi bukan Melayu sama ada tinggal di luar atau menolak untuk ditemubual.

“Soalan tinjauan lebih relevan ke arah menilai sokongan peneroka Felda dan penembusan ‘Gelombang Hijau’ yang melibatkan orang Melayu,” katanya.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada sentimen pengundi dan bukan model keputusan pilihan raya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Peminat mahu Kak Lina Pom Pom kembali, Elly Mazlein tak gedik

Ira Kazar terima kifarah – Nur Nilam

Jiggy komen pakaian renang Dhabitah

Tuah wajah iras Mira Filzah dapat watak utama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker