Yg Mengundi Harap Harga Barang Turun Hari Tu, Dah Boleh “Hantuk Kepala”

Selain kenyataan pemilik sebuah rangkaian pasaraya besar yang mengesahkan bakal berlaku kenaikan harga barang bila SST mula dilaksanakan bulan depan, beberapa pihak berkaitan jualan runcit yang lain juga seperti pengeluar tayar dan minyak enjin, masing-masing telah mengumum akan berlaku kenaikan harga jualan produk mereka.

Notis berkaitan perkara ini telah mula disebarkan di Internet sejak dari minggu lepas.

Ditambah pulak lagi dengan kenyataan Menteri baru-baru ini bahawa harga tidak boleh turun kerana monopoli dalam pasaran, maka semua yang mengundi kerana mengharap harga barang turun dalam PRU14 yang lepas (dan dengan itu kehidupan mereka akan bertambah senang kononnya), bolehlah mula “menghantukkan kepala” masing-masing ke dinding.

Inilah hasil dari undi yang diberikan.  Pepatah Melayu pun ada sebut, tak dah terhantuk baru nak terngadah kan, sekarang dah terngadah, hantuklah.

Cakap pasal kenyataan Menteri berkaitan monopoli, ini bukan perkara baru, semasa BN memerintah pun perkara ini telah disebutkan tapi waktu itu kamu kata, “itu salah kerajaan kerana tidak kawal”, sekarang, bolehkah kami kata perkara yang sama kepada kamu?

Waima dengan GST menjadi 0% selama 3 bulan ini serta jumlah ikan sebanyak 3 billion ekor dalam laut sekalipun, harga barang dan harga ikan (memang tak kena GST), tidak juga turun kerana GST baik, SST baik, ini adalah cukai dihujung yang perlu dibayar pengguna untuk dibayar kemudiannya kepada kerajaan.  Kalau harga jualan (sebelum cukai) naik, SST atau GST nak menurunkan harga macam mana?

Tapi sekurang-kurangnya dengan GST, kita tahu pengurusan cukai itu adalah lebih telus dan hasilnya akan diberikan kepada kerajaan yang kemudiannya akan menggunakan duit itu untuk pembangunan negara, pemberian BR1M, projek infrastruktur dan pelbagai insentif untuk rakyat.

Berbanding SST yang diakui banyak pihak di seluruh dunia sebagai mempunyai banyak ruang untuk ketirisan berlaku – selain menyebabkan kenaikan harga barang seperti yang dinyatakan di atas.

Dahlah harga barang tidak turun, kita juga berkemungkinan berhadapan dengan cukai-cukai baru.  Sebagai permulaan, dah ada cadangan untuk mengadakan cukai soda.  Betul tak semua orang minum soda, tapi tak juga semua orang beli kereta, tak semua orang beli TV, tak semua orang makan nasik dan sebagainya.

Faham ke maksud tu?  Tak faham sudah.  Yang pentingnya nak beritahu, harga barang akan terus naik sekalipun tanpa GST dan selepas perlaksanaan SST.

Related Articles

3 Comments

  1. Secara teorinya rakyat tidak akan terbeban dgn kenaikan harga barang apabila perlaksanaan SST nanti sebab rakyat x tau Dan x boleh kira brp jumlah cukai yang dikena pada mereka .masa gst pengguna akan sentiasa mengira jumlah tax gst yang dibayar walaupun serendah 10 sen. Tapi dapat brim yang melebihi Dari jumlah tax gst yang telah dibuat masa beli barang atau perkhidmatan.

    1. bagus lah . agenda membodohkn rakyat mcm 80an , 90an blh berjalan dgn aman balik . yg kaya adalah tauke2 . rakyat pembeli terus papa kedana & dibodohkan . hasil buah tangan kerjasama kerajaan skrg & tauke2.

  2. Pembangkang@pembangang kene faham kalau rakyat tak buang BN dah tentu negara sudah muflis sekarang dan kadar gst sudah tentu akan naik lg mnjadi 12% peratus dgn alasan kadar yg ada paling rendah dlm dunia..tu kan respon stended bn. Rakyat terus ditipu dgn rhetorik dan polemik utk membayar utang 1mdb dsbnya.

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker