Pengarah agensi kerajaan ditahan cabul kakitangan sendiri


KUALA LUMPUR – Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan ditahan polis selepas disyaki mencabul kehormatan kakitangan di jabatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi berkata, kejadian dilaporkan berlaku di Pelabuhan Klang pada Selasa lalu.

“Saya sahkan ada menerima laporan polis pada 12 Februari lalu jam lebih kurang 10.30 pagi daripada mangsa.

“Suspek adalah seorang lelaki berusia 35 tahun telah dipanggil untuk dirakam keterangan sebelum ditahan polis untuk membantu siasatan kes ini,” katanya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Terdahulu, dalam kejadian Selasa lalu, mangsa berusia 29 tahun membuat laporan di Balai Polis Pandamaran mendakwa suspek telah mencabul kehormatannya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku selepas mangsa selesai melakukan kerja-kerja rasmi di pejabatnya.

Mangsa dalam laporan polis itu mendakwa suspek telah mengugut akan mengambil tindakan disiplin ke atasnya jika mendedahkan kejadian itu.

Suspek juga melakukan kekerasan dengan menampar wanita terbabit sekiranya enggan menurut kehendaknya. MG

Pengarah agensi kerajaan, pengarah syarikat kapal direman kes skandal minyak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker