Sekarang bukan masa untuk PRU-15 – Pejuang


Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) tidak sepatutnya dilakukan dalam masa terdekat kerana ia akan mendedahkan rakyat kepada bahaya Covid-19, kata Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, Presiden Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu tidak menolak usaha kearah menukar kerajaan tanpa perlu mengadakan pilihan raya.

Jelas beliau, pandemik yang kembali mengganas tidak memungkinkan untuk negara menerima satu lagi gelombang besar penularan wabak itu.

“Bukan masanya untuk adakan pilihan raya umum lagi, biarlah habis penggal ini sebab dalam tempoh sekarang sampai ke tahun 2023.

“Kalau (nak) ubah semula kerajaan pun tidak apa asalkan jangan kita dedahkan rakyat kepada risiko penularan wabak Covid-19 ini sepertimana yang berlaku setelah kita buat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya hari ini.

Pendekatan yang diambil oleh Pejuang itu dilihat selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari lalu yang memberi perkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Pengisytiharan itu sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Sejurus itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam satu kenyataan media, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini berkenan dengan cadangan kerajaan bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bebas yang akan mengesyorkan kepada Seri Paduka Baginda sekiranya pelaksanaan darurat ini dapat ditamatkan lebih awal.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang turut disertai tiga wakil pembangkang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria.

Keanggotaannya terdiri daripada pakar kesihatan awam, wakil parti politik pembangkang dan kerajaan, tokoh bidang pendidikan, kesihatan, keselamatan, ketenteraman awam, pentadbiran awam dan undang-undang, mufti serta wakil dewan perniagaan. MG

Kemelut PN berdepan PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker