Liverpool lakar ‘hatrik’ kalah


Liverpool tewas 1-3 kepada Leicester sekali gus menyaksikan harapan bersaing di kelompok empat teratas semakin terancam selepas penjaga gol, Alisson Becker sekali lagi melakukan kesilapan.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp mengalami kekalahan ketiga berturut-turut sekali gus menamatkan impian untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana.

Kecuaian yang sering dilakukan Liverpool pada lewat permainan mencetuskan persoalan mengenai kemampuan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mohamed Salah meletakkan Reds di depan pada separuh masa kedua di Stadium King Power.



Bagaimanapun James Maddison menyamakan kedudukan pada minit ke-78.

Jamie Vardy menambah gol kedua untuk Leicester tiga minit kemudian selepas Alisson melakukan kesilapan.

Alisson melakukan dua kesilapan mudah ketika Liverpool tewas 1-4 kepada Manchester City minggu lalu.

Harvey Barnes melengkapkan kebangkitan luar biasa Leicester dengan gol ketiga minit ke-85. HM



Salah tak nafi bakal tinggalkan Liverpool

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker