Lebih 25 kereta terlibat kemalangan berantai di Itali, dua maut

ITALI: Satu kemalangan berantai yang melibatkan sekurang-kurangnya 25 kereta menyebabkan kesesakan luar biasa di lebuh raya berhampiran Turin, Itali.

Kejadian itu mengorbankan dua mangsa dan puluhan yang lain cedera.

Tiga lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Kemalangan tersebut berlaku ketika cuaca sejuk yang menyebabkan jalan raya menjadi licin.

Pihak bomba sedang berusaha mengeluarkan beberapa mangsa yang terperangkap dalam kenderaan masing-masing.-Awani

Leave a Reply