Penduduk gempar jumpa buaya tembaga bersama 45 biji telur

KUALA LANGAT: Penemuan seekor buaya tembaga betina menggemparkan penduduk Kampung Labohan Dagang, Banting, di sini, pada Sabtu.

Reptilia yang dijumpai berhampiran kawasan parit itu juga didapati sedang mengeram sejumlah 45 biji telur telur.

Seramai tujuh pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Langat dikerah ke tempat kejadian untuk menangkap buaya berukuran 4 meter dengan berat 200 kilogram itu.

“Kami menerima panggilan daripada penduduk kira-kira pada jam 11.50 pagi.

“Operasi penangkapan buaya itu mengambil masa tiga jam dan tamat sekitar jam 3 petang.

“Reptilia ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya, ” kata Kapten (PA) Riduan Nordin kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Dalam pada itu, Riduan mendakwa buaya tersebut datang dari sungai berhampiran yang jaraknya tiga kilometer dari kawasan terbabit.

Ujarnya, buaya itu kemudiannya dipercayai menelusuri parit untuk mengeram telur-telurnya.

Leave a Reply