Dua ‘BUAYA’ Ditahan Polis
Temerloh: Polis menahan dua remaja yang mengubah nombor pendaftaran motosikal mereka dengan perkataan ‘BUAYA’, semalam.
Mereka ditahan dalam satu Ops Motosikal yang dijalankan di Temerloh.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, menerusi operasi itu, polis menahan dua remaja bersama motosikal yang diubah nombor pendaftaran mengikut Seksyen 108 (3)(E) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 108 (3) (F) APJ 1987.
“Remaja itu mengubah nombor pendaftaran menjadi ‘BUAYA’ dengan menampal pelekat pada nombor pendaftaran asal.
“Operasi dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Temerloh bermula jam 10 pagi hingga 6 petang semalam,” katanya.
Katanya, BSPT Temerloh akan mengambil tindakan tegas kepada penunggang atau pemandu kenderaan yang mengubahsuai nombor pendaftaran dengan niat mengelirukan pihak berkuasa.-HM
Tak Jadi Bunuh Diri Sebab Nampak Buaya..Ingatkan Berani.!! 😂