Model kerajaan sekarang tidak datangkan kebaikan kepada negara – Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan model kerajaan yang ada sekarang tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan kepada negara untuk jangka masa panjang.
Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, dalam iklim politik yang ada hari ini kebarangkalian untuk membuat perancangan ekonomi jangka sederhana dan panjang untuk negara menjadi amat sukar.
Najib berkata, dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan ketika ini hanyalag bersifat jangka pendek kerana perkiraan yang utama adalah survival politik.
“Sebagai seorang yang pernah memegang tampuk kepimpinan negara selama sembilan tahun saya amat memahami dan sedar bahawa keperluan sesebuah negara bukanlah dalam bentuk keputusan yang dilihat keadaan hari ini dan semasa, tetapi mesti menjangkau tempoh yang lebih lama.
“Mesti melihat jauh kehadapan, mesti ada visi dan misi. Sebab apa-apa keputusan yang dibuat hari ini bakal ditanggung oleh negara dan rakyat pada masa akan datang.
“Dasar-dasar yang digubal adalah jangka pendek kerana perkiraan yang utama adalah survival politik. Itulah yang menjadi matlamatnya,” kata Najib.
Ketua Perhubungan UMNO Bahagian Pekan berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Perwakilan Wanita Pemuda dan Puteri Umno Pekan hari ini.
Najib berkata, akibat ketidak stabilan politik juga beberapa pelaburan besar yang pada hematnya menjadi milik Malaysia beralih ke negara-negara jiran.
“Umpamanya Google, Tesla, Amazon.Com sudah membuat keputusan untuk melabur di negara jiran kita.
“Inilah bagaimana pesaingan negara kita semakin pudar apabila kita tidak ada kestabilan politik dan perancangan bersifat jangka panjang,” kata Najib.
Jelas Najib, cabaran persaingan serantau dan global selepas era Covid-19 memerlukan Malaysia menumpukan perhatian kepada daya saing ekonomi negara.
Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Malaysia ketinggalan berbanding negara-negara jiran yang lain. SM
Datuk Seri bukan sahaja 100% betul, tapi 200% betul dengan ulasan beliau.
Im not taking sides, but just plain logical thinking should round-up the figures and set the answers. TQ.