Polis tahan pasangan kekasih biarkan bayi cedera tanpa rawatan

 

TAWAU: Polis menahan sepasang kekasih di Kampung Kausing di sini selepas dipercayai melakukan pengabaian terhadap bayi perempuan mereka yang berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata suspek lelaki berusia 42 tahun yang bekerja sebagai buruh ladang itu ditahan bersama pasangannya yang berusia 21 tahun pada jam 7.30 malam kelmarin bagi membantu siasatan.

Katanya siasatan dijalankan susulan aduan seorang pegawai perubatan Hospital Tawau pada 8 Februari lalu mengenai seorang bayi yang kini dirawat di Unit Pediatrik ICU hospital itu selepas didapati mengalami pendarahan dan bengkak otak serta kecederaan fizikal lain.

Bapa tampar, lambung anak usia dua bulan ditahan

“Ibu bapa mangsa memberitahu pengadu bahawa bayi itu pernah terjatuh dari buaian pada Januari lalu akibat dibuai dengan kuat dan laju oleh si ibu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya bayi itu dilahirkan pramatang pada Jun tahun lalu dan pernah mengalami jangkitan pada usus, November lalu.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai dengan sengaja mengabaikan mangsa dengan tidak menghantar bayi itu untuk rawatan lanjut selepas terjatuh dari buaian.

Sementara itu, Peter berkata siasatan awal mendapati pasangan itu yang dipercayai pendatang tanpa izin bersekedudukan sejak Disember 2019 dan polis sedang menyiasat kewarganegaraan mereka.

Kedua-dua suspek direman hingga 18 Februari ini. – BERNAMA

 

Penduduk serbu rumah didiami dua pasangan kekasih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker