Polis Kelantan rampas 6,000kg ayam sejuk beku seludup dari negara jiran
Menurut polis, suspek gagal mengemukakan permit import sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan, serta gagal mengemukakan sijil kesihatan dari negara asal untuk membawa masuk ayam sejuk beku ke Malaysia. (Gambar Bernama)
JELI: Polis menahan dua lelaki dan merampas ayam sejuk beku seberat 6,600kg bernilai sekitar RM60,500 yang dipercayai diseludup dari negara jiran, di Kampung Ayer Lanas, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Jeli Ahmad Arifin berkata, dua lelaki berumur 18 dan 27 tahun itu ditahan pada pukul 9.00 pagi selepas polis memeriksa sebuah lori susulan maklumat awam, dan menemui 550 kotak berisi ayam sejuk ayam berkenaan.
Beliau berkata, kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang permit import yang sah oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan gagal mengemukakan sijil kesihatan yang dikeluarkan dari negara asal untuk membawa ayam sejuk beku berkenaan masuk ke Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, kesemua tangkapan dan rampasan itu diserahkan kepada MAQIS untuk disiasat di bawah Sekyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).
“Pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 11 (3) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyerahkan produk ayam dan daging kerbau sejuk beku yang telah dilucut hak membabitkan kes dari bulan Jan sehingga Mac tahun ini kepada Zoo Negara. MAQIS dalam kenyataan pada Selasa berkata sumbangan itu melibatkan sembilan tan ayam sejuk beku bernilai kira-kira RM72,000 dan 520…
POLIS telah mengeluarkan kompuan terhadap penganjur program pengedaran ayam beku percuma yang diadakan di Presint 9, Putrajaya kelmarin. Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Fadzil Ali berkata, pihaknya sebelum itu telah mengeluarkan surat tidak meluluskan penganjuran program tersebut. “Kita tidak beri kelulusan memandangkan Putrajaya berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan…
TAK serik-serik. Dalam tahun ini sahaja, sudah banyak kali dilaporkan rampasan daging import sama ada kerbau, kambing, ayam dan lain-lain. Puncanya, kerana diragui status halal. Terbaru, hampir 56 tan atau 56,000 kilogram (kg) daging kerbau sejuk beku dari India dirampas di Butterworrth. Rampasan ke atas daging bernilai lebih RM600,000 itu…
You must be logged in to post a comment.