Janda Shuk Sahar, Sera bertunang dengan jejaka sado

 

Lapan bulan selepas sah cerai, bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera kini bersedia kembali ke fasa hidup berumah tangga apabila mengikat tali pertunangan bersama seorang lelaki yang masih dirahsiakan identitinya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah dalam Instagram miliknya, kelihatan jarinya disarungkan cincin oleh seorang wanita ketika berada di atas pelamin.



Sera yang kelihatan anggun memakai baju kurung moden berona ungu gelap turut dilihat gembira selepas jari manisnya disarungkan cincin.

“Assalamualaikum. Doa yang baik-baik semua,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran sama, Sera juga turut berkongsi gambar bersama seorang jejaka bertubuh sasa yang berpakaian sedondon dipercayai tunanganya. Bagaimanapun, wajah lelaki itu ditutup dengan emoji muka berlambangkan hati.

Dalam ruangan komen, ramai pengikutnya teruja dan mendoakan agar pertunangan Sera bersama jejaka tersebut dipermudahkan, sekali gus menemui kebahagiaan yang dicari selama ini.



“Tahniah. Semoga segala urusan dipermudahkan,” ujar seorang pengikutnya.

“Wow! Tahniah. Semoga kekal bahagia. Sado pasangan awak,” kata seorang lagi netizen

Terdahulu, selepas hampir dua tahun berkonflik, rumah tangga bekas pengacara dan pelawak popular Shuk Sahar dengan isterinya, Rossa Sera berakhir dengan talak satu pada 22 Mac lalu.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, berkata, lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur diputuskan selepas mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama-sama.



“Kami capai keputusan untuk berpisah selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar Januari lalu.

“Perpisahan ini dilakukan secara baik antara kami,” katanya.

Dalam pada itu, Shuk mengakui perceraian tersebut memberi pengajaran buat dirinya untuk berubah menjadi individu lebih baik.

Katanya, walaupun sudah berpisah, hubungannya dengan bekas isteri tetap baik demi masa depan dua cahaya mata mereka.



Krisis rumah tangga Shuk dan Sera mula goyah apabila pelawak itu didakwa curang dengan wanita lain yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Berkali-kali kantoi dan tidak tahan dengan kemelut berpanjangan, Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Assahaferah nekad memfailkan cerai pada Mac tahun 2022 sebelum sah bercerai pada 27 Mac tahun ini.

Gara-gara dakwaan isu kecurangan juga, kerjaya Shuk sebagai penyampai radio di Hot FM menemui pengakhiran apabila ditamatkan kontrak pada Februari 2021, selain kehilangan banyak tawaran pengacaraan dan lakonan.

Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurnikan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatul Aimi kini berusia empat tahun



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud



Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker