Lagenda Chelsea: Dulu Gila Bola Sepak, Kini Gilakan Ferrari
John Terry memenuhi impian zaman kanak-kanaknya dengan memiliki beberapa kereta Ferrari berharga sekitar £4 juta (RM22.33 juta).
Legenda Chelsea itu yang dikaitkan dengan jawatan kosong di Bournemouth sangat meminati jenama Itali yang diletakkan dalam garaj di rumahnya di Surrey.
Daripada edisi terhad Ferrari Enzo (hanya 400 buah dikeluarkan) berharga £2 juta (RM11 juta) sehinggalah jenis 275 GTB keluaran 1960-an yang boleh mencapai nilai £1.5 juta (RM8.37 juta) membuktikan Terry, 38, seorang pencinta tegar Ferrari.
Jika itu tidak mencukupi, kenderaan hariannya ialah 458 Spider yang berharga £170,000 (RM948,881).
Pada 2013 selepas menjuarai Liga Europa, dia membeli Enzo yang pertama kali dikeluarkan pada 2002 menggunakan teknologi Formula Satu dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 355km sejam.
Ferrari Enzo adalah edisi terhad 2003 yang dinamakan sempena pengasasnya dari Itali.
Enzo kepunyaan Terry dipamerkan di Pameran Motor Amsterdam 2003 dan mempunyai jarak perjalanan 6,696km ketika bekas pemain antarabangsa England itu membelinya.
Terry mengakui dalam temuramahnya bersama Petrolicious bahawa matanya hanya tumpu kepada satu dan berharap dapat memilikinya.
Menurutnya: “Saya berusia sekitar 20,21. Saya biasa pergi ke kedai kereta di Surrey. Mereka ada Enzo dan kereta itu adalah impian saya tetapi tak mampu memilikinya. Saya berharap dapat memandunya suatu hari nanti.
“Saya meminati rupanya selain tidak banyak dikeluarkan seperti Enzo. Tak banyak di atas jalan raya, hanya satu dalam setahun terbabit nahas.
”Jika anda ada banyak wang dan hidup pada era 60-an, 275 GTB adalah kereta terbaik di pasaran ketika itu.”
Ferrari SF90 Stradale masuk pasaran Malaysia
facebook,com