Ahmad Zahid nafi cerca Muhyiddin di Facebook

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nafi mencerca Tan Sri Muhyiddin Yassin di akaun Facebook Perdana Menteri itu.

Jelasnya, ada pihak menggunakan nama dan gambar profil beliau di Facebook yang konon miliknya untuk meninggalkan komen biadab di laman sosial itu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tersebut.

“Saya percaya ada pihak tertentu sengaja meninggalkan komen biadab menggunakan akaun Facebook, menggunakan nama dan gambar profil saya dengan niat yang jahat atau menyunting imej komen Facebook, seolah saya menulis komen tersebut dengan tujuan ingin mencerca Tan Sri Muhyiddin,” katanya melalui satu hantaran di akaun Facebooknya.

Malah, tegasnya, tindakan seperti itu jauh daripada amalan dan prinsip hidupnya.

“Kita perlu berbudi bahasa dengan semua meskipun berbeza pendirian politik.

“Saya menggesa pihak yang berbuat demikian supaya menghentikannya,” ujarnya lagi-Awani

Sumber Facebook zahidhamidi.fanpage

Leave a Reply