CEO TNB letak jawatan, jadi bos baharu KWSP


Bekas ketua pegawai eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.

Dalam kenyataan dikeluarkan KWSP, pelantikan Amir berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Pelantikan itu dibuat bagi menggantikan Tunku Alizakri Alias yang mengetuai KWSP pada Ogos 2018. Sebelum ini, Tunku Alizakri berdepan kritikan berhubung kenyataannya terhadap pengeluaran wang caruman pekerja.

Terdahulu, dalam laporan Bursa Malaysia TNB menyatakan Amir sudah meletakkan jawatannya selepas menerima pelantikan baharu yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.

Amir sebelum ini pernah berkhidmat sebagai CEO di MISC Bhd, Petronas Dagangan Bhd dan sektor perhotelan milik Khazanah Nasional Berhad, Themed Attraction Resorts & Hotels Sdn Bhd dan lain-lain.

KWSP dalam kenyataan memetik Pengerusi TNB Ahmad Badri Mohd Zahir, turut berterima kasih atas sumbangan Tunku Alizakri, terhadap dedikasi dan perkhidmatannya sejak beberapa tahun ini.

“Bagi pihak KWSP, saya merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada Tunku Alizakri untuk perkhidmatan cemerlang beliau kepada KWSP dan mengharapkan yang terbaik untuknya di masa hadapan,” katanya. FMT

Leave a Reply