Pengeluaran i-Sinar Bakal Dibenarkan Tanpa Syarat?

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa pihaknya sudah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tunku Alizakri Alias mengenai pengeluaran akaun 1 menerusi program i-Sinar.

Katanya, beliau meminta Alizakri untuk memansuhkan semua syarat yang ditetapkan untuk pengeluaran i-Sinar.

“insyaAllah, beliau respons dan jawab dengan baik dan positif untuk bawa isunini dan akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan mengenainya.

“Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat,” katanya dalam satu komen di hantaran laman Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, rata-rata rakyat menzahirkan rasa tidak berpuas hati dengan syarat yang ditetapkan KWSP berhubung pengeluaran wang daripada akaun 1.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, KWSP mengumumkan dua kategori ahli KWSP yang layak mengeluarkan wang simpanan Akaun 1 menerusi skim i-Sinar.

Kategori pertama itu melibatkan ahli KWSP yang sudah lama tidak mencarum, yang hilang pekerjaan, suri rumah atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.

Kategori kedua adalah untuk ahli KWSP yang masih bekerja, tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas. -K! ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker