Harga komputer riba, tablet naik 25 peratus – CAP


GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan untuk segera mengawal harga komputer riba dan tablet yang kini dikesan mengalami peningkatan harga sehingga 25 peratus di pasaran.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima laporan bahawa tablet mampu milik berjenama yang sebelum ini berharga RM399, kini dijual pada harga RM599 selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Komputer riba dan tablet sangat diperlukan oleh pelajar untuk mengikuti kelas secara dalam talian memandangkan jadual persekolahan mereka terjejas sejak pertengahan Mac 2020.

“CAP menerima aduan bahawa berlaku kenaikan harga sehingga 25 peratus bagi tablet dan peningkatan harga ini mesti segera dikawal oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Menurut beliau, peniaga memberi alasan kenaikan harga berlaku disebabkan kekurangan stok dan kenaikan kos logistik dari negara pengeluar.

“Alasan yang diberikan tidak dapat diterima kerana pengilang barang-barang ini merupakan syarikat yang berskala besar.

“Mereka harus menurunkan margin keuntungan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat pada masa-masa yang sukar ini,” katanya. K Online

BN beri laptop kepada pelajar percuma tapi PN beri laptop cuma pinjaman? – Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker