[VIDEO] Jurugambar Malaysia Akhirnya Nikahi Model Rusia…Bermacam Dugaan Bila Ramai Lelaki Nak Try Dia
PENYATUAN cinta antara dua negara.
Begitulah kisah seorang jurugambar Malaysia, Mohamad Anwar Mohd Yusli, 27, yang selamat mendirikan rumah tangga dengan model kelahiran Rusia, Anna Eltsova, 23, di Teluk Panglima Garang, Selangor pada Sabtu lalu.
Bercakap kepada mStar, pengantin lelaki yang mesra disapa Nuar mengakui bersyukur apabila perkenalan yang berputik pada tahun 2019 itu akhirnya membawa kepada penyatuan mereka secara sah sebagai suami isteri.
“Saya berkenalan dengan Anna pada Julai 2018 menerusi satu sesi photoshoot. Masa tu saya shoot dia untuk satu photoshoot pakaian.
“Dia pun memang full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami berkenalan.
“Mula-mula kenal, keluarga pun was-was. Tapi lama kelamaan, saya yakinkan keluarga. Sebab Anna ni lain dari yang lain.
Nuar dan Anna mula berkenalan pada tahun 2019.
“Bila lama kenal, dia boleh adapt dengan budaya kita. Saya nampak dia suka duduk sini. Kawan-kawan dan keluarga pun beri sokongan kepada kami,” ujarnya.
Tambah Nuar yang juga seorang kontraktor, dia pertama kali membuat lamaran kepada wanita itu pada Februari tahun lalu.
Sepanjang bertunang, mereka turut melalui pelbagai cabaran, namun keikhlasan dalam perhubungan akhirnya menyatukan cinta antara dua negara itu.
Saya minta semua bagi sokongan moral. Kita jemput saudara Islam baharu kita.
NUAR
“Saya melamar Anna sewaktu hari lahirnya pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan, Alhamdulillah dapat saya harungi dugaan pertunangan dengan Anna.
“Memang agak mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia. Tapi dia bukan mata duitan. Dia pandang keikhlasan saya dalam hubungan kami,” ujarnya.
Menurut Nuar, komunikasi tidak menjadi masalah besar buat mereka memandangkan Anna yang pernah bersekolah di Amerika Syarikat (AS) dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.
Malah, wanita itu juga kini semakin lancar bertutur dalam bahasa Melayu.
“Anna fasih berbahasa Inggeris, sebab dulu keluarga pernah hantar dia study di AS selama beberapa bulan.
“Dia juga sedang mendalami bahasa Melayu. Dia selalu tanya saya maksud perkataan yang tak difahami.
“Kalau saya berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, dia boleh je faham, bahasa Melayu sebenarnya lebih senang berbanding bahasa Rusia,” ujarnya lagi.
Antara foto kenangan sejurus mereka dinikahkan Sabtu lalu.
Tambah Nuar, isterinya juga kini semakin terbiasa dengan hidangan pedas di negara ini dan sangat menyukai juadah seperti ikan bakar dan nasi lemak.
Dalam pada itu, video romantis menampilkan pasangan itu turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima 1.5 juta tontonan di TikTok.
Malah kata Nuar, dia bukan sahaja menerima ucapan tahniah dari Malaysia, malah turut dihujani komen-komen netizen Indonesia dan Singapura.
“Dapat 1.5 juta tontonan dalam tempoh 24 jam. Saya memang terkejut, ramai yang ucap tahniah.
Nuar bersyukur apabila perkenalan itu membawa kepada penyatuan yang sah antara mereka berdua.
“Saya dengan Anna memang gembira dengan respon mereka semua. Sangat terharu dengan komen-komen netizen.
“Terima kasih doakan saya dan isteri, harap hubungan kami kekal ke jannah. Saya minta semua bagi sokongan moral.
“Kita jemput saudara Islam baharu kita, dia masih dalam proses belajar lagi,” ujar Nuar.
Menurut jurugambar itu lagi, dia juga belum menetapkan tarikh resepsi memandangkan pandemik Covid-19 masih menular di negara ini.
Namun jauh di sudut hatinya, dia berharap wabak itu berakhir segera agar kehidupan dapat diteruskan seperti dahulu kala.-mSTAR Online
@nuaryusli One year ago i propose her… WE’RE MARRIED NOW. #internationalcouple #marriedcouple @annama1ia ❤️🇷🇺🇲🇾
@annama1ia 🇷🇺❤️🇲🇾@nuaryusli