Tiada saksi boleh kaitkan suspek dengan insiden MH17

KETUA hakim, Hendrik Steenhuis (kanan) bersama hakim-hakim perbicaraan dan peguam-peguam lain berdiri di sebelah bangkai pesawat MH17 di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen, selatan Belanda pada 26 Mei 2021. – AFP

THE HAGUE, Belanda – Pasukan peguam Belanda mewakili seorang suspek yang didakwa menembak jatuh Penerbangan MH17 milik Malaysia Airlines pada 2014 berkata kelmarin bahawa tiada saksi boleh mengaitkan anak guam mereka dengan insiden tersebut.

Sebanyak 298 orang terbunuh dalam tragedi hitam itu.

Kes pesawat malang yang ditembak di negara bergolak, Ukraine pada 17 Julai tahun berkenaan bertukar haluan apabila disambung semula dekat lapangan terbang Schiphol kelmarin selepas hampir dua minggu Rusia menyerang negara jirannya.

“Tiada seorang saksi pun yang boleh mengesahkan peranan, kedudukan atau dakwaan penglibatan anak guam kami dengan semua tuduhan yang dikemukakan, kata peguam  Boudewijn van Eijck kepada panel hakim

“Begitu pun, pendakwa raya awam masih mahu mendakwanya dan menuntut supaya dia dijatuhi hukuman paling berat,” tambahnya.

Seramai empat suspek didakwa berhubung kes MH17. Mereka ialah  warga Rusia iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov serta rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko. Keempat-empat suspek didakwa kerana peranan mereka melancarkan peluru berpandu BUK yang mengenai MH17 di rantau bergolak di timur Ukraine.

Pendakwa raya meminta keempat-empat lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup apabila mereka menutup kes tersebut tahun lalu.

Pihak pembelaan membuka kes itu untuk Pulatov kelmarin. Dia merupakan satu-satunya suspek yang diwakili peguam.

Menurut pihak pembelaan, mereka akan membincangkan ‘senario alternatif’ tentang bagaimana MH17 mungkin ditembak jatuh.

Keputusan kes itu hanya akan diketahui paling awal pada akhir 2022. Semua empat suspek berkenaan dibicarakan tanpa kehadiran mereka. – AFP

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker