[VIDEO] Ingkar SOP: Pengantin baharu, 17 Rakan Dikompaun RM1,000 Seorang
Langkawi: Pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka ditahan dan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di Taman Nilam di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, pengantin lelaki berusia 28 tahun dan pasangannya 24 tahun, berserta 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon ditahan polis ketika merakam gambar secara berkumpulan.
[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/an3gNZfZ/ingkar-sop-pengantin-baharu-17-rakan-dikompaun-rm1000-seorang_hd.mp4[/KGVID]Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam kejadian itu. seramai 19 individu berusia di antara 18 dan 27 tahun ditahan.
“Mereka memakai baju sedondon dan didapati berkumpul dan bergambar di hujung sebatang sungai berhampiran rumah kongsi perusahaan ikan bilis di Taman Nilam.
“Semua individu terbabit terdiri dua lelaki dan 17 wanita adalah penduduk tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Terdahulu, tular satu video menerusi aplikasi WhatsApp yang berdurasi 23 saat memaparkan rangkuman aktiviti sekumpulan individu termasuk pasangan pengantin berpakaian sedondon ditahan polis.
“Hasil siasatan mendapati mereka tinggal di kawasan perumahan tersebut serta ada yang datang dari beberapa lokasi lain sekitar pulau ini,” katanya semalam.
Shariman berkata, anggotanya kemudian menahan mereka kerana berkumpul dan tidak mempunyai asas kukuh untuk keluar rumah.
Katanya, mereka yang berusia 17 hingga 28 tahun itu dibawa ke Balai Polis Kuah untuk proses dokumentasi dan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang sebelum dibebaskan.
Pada 28 Jan lalu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan nikah, cerai serta rujuk dibenarkan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan mulai 1 Feb lalu dan majlis akad nikah hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah.
Tulah dah kata, nak happy jangan lebih-lebih, kan dah kena kompaun. Takpelah jadikan pengajaran ya.