Suami isteri maut, motosikal kuasa tinggi BMW R1200 GS Adventure hilang kawalan

Suami isteri maut selepas motosikal BMW yang ditunggang mereka hilang kawalan dalam nahas di Gopeng pada Jumaat. – Foto Ihsan Pembaca

GOPENG – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang mereka terbabit dalam nahas di Kilometer 296.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini pada Jumaat.

Kejadian itu mengorbankan Mohd Rizal Othman dan isterinya, Azura Abdullah, masing-masing berusia 48 tahun akibat kecederaan dialaminya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, maklumat awal kemalangan diterima sekitar jam 6.15 petang melibatkan motosikal jenis BMW R1200 GS Adventure dan kereta jenis Perodua Bezza.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada motosikal yang hilang kawalan lalu bergesel dengan kereta di lorong kanan.



“Akibat kemalangan itu, penunggang dan pembonceng meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu merupakan wanita berusia 25 tahun luka di jari,” katanya.

Menurut beliau, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk dibedah siasat.

“Kedua-dua kenderaan terlibat dihantar ke pihak Puspakom untuk pemeriksaan.

“Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Meerqeen dah ‘level’ lain

Ini ke penyondol kacau rumah tangga Hafidz Roshdi?



‘Lepas Cerai, Sha Nak Something Different’ – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker