Pelajar guna nombor plat AHH YOO 9941 ditahan
KULIM – Tindakan seorang pelajar menggunakan nombor pendaftaran palsu AHH YOO 9941 pada papan nombor plat belakang motosikalnya untuk rakaman menerusi aplikasi Tik Tok membawa padah apabila dia ditahan polis semalam.
Remaja lelaki berusia 17 tahun yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu ditahan dalam operasi samseng jalanan di Taman Selasih di sini kira-kira pukul 8 malam.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim dalam operasi itu bertindak menahan remaja terbabit yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki KR150.
“Pemeriksaan di bahagian nombor plat hadapan motosikal itu didapati mengunakan nombor pendaftaran biasa yang didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Walau bagaimanapun, pemeriksaan lanjut anggota mendapati nombor pendaftaran pada papan plat belakang berbeza apabila tertera AHH YOO 9941,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sayang Motor Dari Dirinya..Motosikal Dipakaikan Pelitup Muka, Bimbang Dijangkiti Covid-19