Sayang Motor Dari Dirinya..Motosikal Dipakaikan Pelitup Muka, Bimbang Dijangkiti Covid-19

Share

JAKARTA – Seorang remaja di Indonesia  ditahan polis apabila memakaikan motosikalnya dengan pelitup muka dan tidak mengenakannya pada diri sendiri.

Menerusi satu kemas kini akaun Instagram @tante_rempong_official, seorang pegawai polis menahan remaja lelaki itu ketika sekatan jalan raya.

Polis itu bertanya kepada remaja itu alasan tidak memakai pelitup muka seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

“Mana pelitup muka anda?” tanya pegawai itu.

Remaja itu tanpa berlengah menunjukkan pelitup muka yang diletakkan pada lampu depan motorsikalnya.

Menurutnya, dia tidak memakai pelitup muka kerana mahu ke rumah rakan yang tidak jauh dari situ dan meletakkan pelitup muka di lampu motosikal.

Tindakan remaja itu mengundang rasa geli hati netizen yang memuji reaksi spontannya bila berhadapan dengan polis.

“Bagus budak ini, dia tahu motosikalnya lebih tua jadi risiko jangkitan koronavirus lebih tinggi,” komen seorang pengguna.

“Ini contoh tuan yang lebih sayang motosikal berbanding diri sendiri,” ujar seorang lagi. – Agensi

Polis Nafi Tular Kompaun Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka Untuk Minum Air..Sekali Polis Bagi Bukti

Leave a Reply