Polis Nafi Tular Kompaun Kerana Tidak Pakai Pelitup Muka Untuk Minum Air..Sekali Polis Bagi Bukti

IPOH – Polis Kerian menafikan dakwaan tular kononnya dua remaja lelaki yang dikenakan kompaun RM1,000 adalah disebabkan tidak memakai pelitup muka untuk minum air di Taman Wawasan di Parit Buntar, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat sebaliknya berkata, kompaun itu dikeluarkan setelah mendapati dua remaja berusia 17 dan 18 tahun itu tidak memakai pelitup muka sambil berbual dengan mengadap satu sama lain.

Katanya, tindakan ke atas mereka juga hanya diambil setelah pemerhatian selama 10 minit dilakukan anggota bertugas.

“Semasa rondaan Op Cegah Jenayah/Op Covid-19 SOP PKPB Parit Buntar di jalankan di kawasan berkenaan pada pukul 12 tengah hari, pihak polis telah ternampak dua lelaki duduk di atas motosikal masing-masing sambil berbual mengadap satu sama lain.

“Kedua-dua mereka didapati tidak memakai pelitup muka walaupun selepas pemerhatian dijalankan dalam tempoh 10 minit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mazuki berkata, seorang pegawai polis kemudiannya menghampiri remaja terbabit dan memperkenalkan diri sebelum menjelaskan kesalahan yang telah dilakukan mereka.

Katanya, kedua-dua remaja itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk tindakan kompaun kerana melanggar Peraturan 10 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Sebelum tindakan kompaun diambil, kita telah membuat pemerhatian lebih kurang 10 minit di tempat tersebut.

“Malah, di dalam gambar dan video yang diambil juga jelas menunjukkan kedua-dua remaja itu bukan sahaja tidak memakai pelitup muka malah tidak mematuhi penjarakan sosial iaitu satu meter,” katanya.

Menerusi laporan akhbar berbahasa Cina, dua remaja itu masing-masing dikenakan kompaun kononnya atas kesalahan tidak memakai pelitup muka ketika mahu minum air.

Laporan itu yang tular selepas dipetik beberapa portal mendapat reaksi pelbagai daripada wargamaya yang rata-rata mengecam tindakan pihak berkuasa.-K!ONLINE

Bila kena pakai penutup muka?

Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.

Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.

Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.

“Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di rumah dan di dalam kenderaan sendiri.

Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah

Baliklah, biar kena kompaun, jangan sampai hilang kerja

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker